Cara untuk meng-Explode Block dalam AutoCAD adalah dengan menggunakan command ‘x‘
1. Taip command ‘ x ‘ untuk explode. Kemudian pilih objek block yang hendak di unblock-kan (dipisahkan) dan klik kanan (right click).
Jika berlaku, anda tidak dapat meng-explode objek block tersebut dan anda menerima mesej “1 could not be exploded”, ini bermakna objek block tersebut tidak membenarkan anda berbuat demikian. Terdapat cara untuk mengubah semula setting objek block tersebut daripada tidak boleh explode kepada boleh explode.
2. Pilih objek block tadi dan double click untuk buka Edit Block Definition dan semak nama objek block tersebut. Sudah kenal pasti nama block, tutup semula paparan Edit Block Definition. Kemudian, taip ‘b‘ pula untuk buka paparan Block Definition seperti dalam rajah 1.2
3. Di bahagian Name, pilih nama block yang hendak di-edit. Contoh rajah 1.2 di atas, nama pelan-lantai-2 dipilih.
4. Semak bahagian Behavior, sama ada Allow exploding sudah di-tick atau belum. Jika belum, tick Allow exploding seperti dalam rajah 1.4 di bawah.
5. Tekan OK dan Pilih Redefine Block.
6. Try Explode. Taip ‘x‘ , klik objek block tersebut dan klik kanan.