Hari ni saya terima lagi kad ARCHIDEX 2019 yang akan berlangsung pada 3 hingga 6 Julai 2019 ini di Kuala Lumpur Convention Centre. Sebenarnya, saya sudah tukar alamat surat menyurat tetapi ia masih dihantar ke alamat saya di sini. Tapi, tak apalah. Nanti saya tukar lagi sekali.
ARCHIDEX ialah International Architecture, Interior Design & Building Exhibition. Ia diadakan setiap tahun. Kali terakhir saya pergi ke ARCHIDEX ialah 9 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2010. Masa tu saya pergi bersama office mate saya semasa saya bekerja di firma Arkitek dekat KL.
Siapa-siapa boleh saja pergi terutamanya architect dan architecture student.
Oleh kerana sudah lama tidak pergi kerana jarak saya sekarang ni terlalu jauh dari KL, jadi, saya tidak dapat memberikan gambaran tentang event tersebut. Cuma, di dalam kad ini ada dinyatakan, Innovation Hall, ArchiTALENT, Biz@ARCHIDEX, ARCHIDEX Award Gallery, Focus Forum@ARCHIDEX dan sebagainya.
Jadi, siapa-siapa berkelapangan, marilah sama-sama kita pergi, guys! Jumpa di sana!