Cadangan rekabentuk bagi rumah kediaman ini terletak di salah satu mukim di dalam Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Projek ini dinamakan sebagai Telok St. House kerana terletak berhampiran dengan Jalan Telok. Rekabentuk rumah ini mengandungi 4 bilik tidur dan 5 bilik air. Masing-masing bilik tidur mempunyai bilik air dan 1 bilik air berada berhampiran di ruangan dapur.
Keluasan rekabentuk rumah ini ialah sekitar 2,471 kps dengan ukuran 30′ x 80′ kaki. Seperti kebiasaan rekabentuk rumah, rumah ini juga mempunyai 1 ruang tamu dan 1 ruang keluarga. Ruang makan berada di belakang sebaris dengan ruang dapur secara mendatar. Ruang makan mempunyai pintu gelangsar yang juga dijadikan sebagai akses tambahan.
Rekabentuk rumah ini menggunakan sebaik mungkin ruang tanah yang ada kerana sebahagian kecil daripada kawasan lot itu telah diserahkan sebagai laluan jalan untuk kegunaan penduduk tempatan oleh pemilik tanah sebelumnya. Jalan itu juga dijadikan sebagai jalan utama untuk laluan masuk ke kawasan rumah mereka.
Ketinggian dari aras tanah ke lantai bangunan ialah 600mm atau 2 kaki sebagai persediaan jika berlaku bencana banjir atau banjir kilat. Tempat letak kereta pula boleh memuatkan 2 buah kereta dalam satu masa.
- TELOK ST. HOUSE
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
- Keluasan: 2,471 kps
- Tahun: 2019
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Lokasi cadangan: Kota Bharu
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini