Baru dapat berita yang Arkitek César Pelli, yang terkenal dengan beberapa design bangunan tertinggi di dunia seperti Menara Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan Torre de Cristal di Madrid telah meninggal dunia pada 20 Julai 2019 yang lalu iaitu di usianya yang ke 92 tahun.
Beliau lahir di Tucumán, melanjutkan pengajiannya ke dalam bidang architecture di National University of Tucumán dan telah menamatkan pengajian Master-nya di University of Illinois, School of Architecture di Urbana-Champaign. Bagi mengiktiraf bakatnya, beliau telah di aturkan untuk bekerja dengan Eero Saarinen, di mana dia akan bekerja untuk projek-projek penting seperti Trans World Airlines Terminal at John F. Kennedy Airport (1962) dan Ezra Stiles & Samuel Morse Colleges (1962) at Yale University.
César Pelli kemudiannya menjadi Pengarah Rekabentuk di Daniel, Mann, Johnson Mendenhall di Loas Angeles, di mana design-nya untuk Sunset Mountain Park Urban Nucleus (1965) telah dijelmakan daripada puncak gunung seperti ziggurat yang diukir keluar dari tanah. Pada tahun 1968, César Pelli berpindah ke Gruen Associates, di mana dia sebagai rakan kongsi rekabentuk. Memajukan teknologi binaan keluli (besi) dan glass (kaca) untuk projek penting di Gruen termasuk San Bernardino City Hall (1972) dan Commons & Courthouse Center (1973) di Columbus, Indiana.
Di ambang penubuhan firmanya, dan menjadi Ketua di bahagian Architecture di UCLA, dia telah ditawarkan menajdi dekan di Yale School of Architecture. Satu jawatan yang pernah dia sandang pada tahun 1977 hingga 1984.
Tahun 1995, dia telah dianugerahkan Gold Medal Awards oleh American Institute of Architects (AIA) yang merupakan anugerah yang sangat berprestij.
Pada tahun 2004, dia menerima Aga Khan Award in Architecture untuk Petronas Towers (KLCC Tower), dan keharmonian mereka dengan budaya Islam di Malaysia. Dia juga dihormati dengan Cemex’s Life and Work Award pada tahun 2006, dan pada tahun 2012, Konex de Brillante Award, Konex Foundation kerana telah menjadi tokoh paling relevan dalam seni visual di Argentina sepanjang dekad yang lalu.
“Cities,” kata César Pelli, “are our most important responsibility. They are the whole of which our buildings are the parts. Making a building one with its place has been a constant goal of architecture throughout the ages. Technological and cultural changes have weakened this relationship, and it is the responsibility of each one of us today to consider it in our work.”
Sumber: Archdaily