Beberapa Bangunan Frank Lloyd Wright Diberi Status Warisan Dunia UNESCO

Fallingwater Image via Wikipedia

8 bangunan milik arkitek Frank Lloyd Wright telah dicatat dalam World Heritage List UNESCO. Bertajuk “The 20th-Century Architecture of Frank Lloyd Wright,” senarai lapan hasil kerja utamanya merupakan semakan permohonan sebelumnya yang dihantar oleh Frank Lloyd Wright Building Conservancy yang telah dibuat pada Februari 2015. Senarai itu merangkumi kerjaya 70 tahun Frank Lloyd Wright seperti Unity Temple, Taliesin West, Fallingwater dan Muzium Solomon R. Guggenheim.

Solomon R. Guggenheim Image via Wikipedia

8 bangunan tersebut memainkan peranan penting dalam pembangunan dan evolusi architecture moden semenjak separa abad ke 20 lagi dan terus bersambung sehingga ke hari ini. Dalam 50 tahun kerjaya Frank Lloyd Wright dalam architecture, bangunan-bangunan itu disatukan dengan 3 sifat: manipulasi ruang dan abstrak, bentuk dan prinsip semulajadi dan kecenderungan kepada perkembangan masyarakat Amerika.

Taliesin West Image via Wikipedia

Senarai tersebut telah diteliti semula oleh International Council on Monuments and Sites, yang merupakan penasihat kepada World Heritage Committee. Berikutan itu, hasil kerja itu secara rasminya dicatat ke dalam senarai 2019 World Heritage Meeting yang berlangsung di Baku, Azerbaijan.

Unity Temple Image via Wikipedia

“Pengiktirafan oleh UNESCO ini sangat bermakna kepada kami untuk mengesahkan bahawa betapa pentingnya Frank Lloyd Wright dalam sumbangannya kepada pembangunan architecture moden di seluruh dunia. Terdapat hampir 400 struktur yang di-design oleh Wright yang masih kekal. Harapan kami, 8 karya utama ini juga boleh memberi kesedaran kepada betapa pentingnya memelihara kesemua bangunannya sebagai suatu yang amat penting terhadap warisan seni, budaya dan architecture kita. Semua komuniti di mana saja bangunan Wright didirikan, adalah patut menghargai apa yang mereka ada dan berkongsi tanggungjawab untuk melindungi warisan tempatan dan warisan dunia” – Barbara Gordon, Presiden dan Pengarah Eksekutif, Frank Lloyd Wright Building Conservancy.

Fallingwater Cantilever Image via Wikipedia

Koleski-koleksi bangunan ini menyertai lebih daripada 1000 tapak yang telah ditetapkan di dalam senarai UNESCO World Heritage List, termasuk beberapa bangunan terkenal dunia seperti Taj Mahal dan Sydney Opera House. Bangunan-bangunan ini diiktiraf kerana kepentingan kebudayaan mereka yang luar biasa dan “nilai universal yang sangat hebat.”

Solomon R. Guggenheim Museum Image via Wikipedia

Tapak-tapak Frank Lloyd Wright adalah di antara 24 World Heritage Sites di US dan merupakan satu-satunya yang tersenarai sebagai architecture moden.

Sumber: Archdaily, FLWBC

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *