Rekabentuk Rumah Banglo 1 Tingkat / Pasir Mas – 688 HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

IMEJ – DZCREATION STUDIO

Cadangan rekabentuk rumah kediaman ini, yang mana kali terakhir pertemuan dengan klien ialah pada Julai, 2017. Bagaimana pun, ia tertangguh kerana urusan pertukaran status tanah yang belum selesai yang telah dibuat pada tahun 2018.

Sebenarnya, kali pertama cadangan projek ini telah bermula sekitar Julai hingga Ogos 2016. Kemudian, proses cadangan rekabentuk ini termasuk pindaan pelan berlanjutan sehingga tahun berikutnya, 2017.

Bermula selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2019, proses cadangan rekabentuk projek ini disambung semula dengan sedikit pindaan di beberapa bahagian kecil seperti ruang bilik tidur utama, pintu masuk depan, dapur dan ruang tamu. Pindaan tidak melibatkan banyak perubahan terhadap bentuk bangunan.

Pada 7 Ogos 2019, permohonan kelulusan pelan rumah ini telah berjaya dibuat dan telah diluluskan.

Mengikut pelan tanah, tanah ini adalah jenis ‘corner lot’.

lokasi cadangan rumah banglo pasir mas
IMEJ – DZCREATION STUDIO – Banglo Bunut Susu – Site Plan

Pelan lantai banglo ini mengandungi 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Untuk memasuki rumah ini, perlu menggunakan anak tangga yang berada di Car Porch. Selepas pintu masuk utama, akan terus berada di Living Area yang mana kedudukannya berada di tengah. Guest Area berada di sebelah kanan, manakala di sebelah kiri pula ialah Family Area. Family Area terletak di antara 2 bilik tidur iaitu antara Master Bedroom dan Bedroom 2. Family Area mempunyai ruang anjungnya sendiri untuk melihat pemandangan halaman rumah dan juga bertindak sebagai akses kedua.

IMEJ – DZCREATION STUDIO

Semua bilik tidur berada di sisi kiri dan kanan bangunan untuk memudahkan menerima pengudaraan dan pencahayaan terus dari luar. Dining Area terletak di tengah-tengah bangunan selepas Living Area. Kitchen pula terletak di bahagian belakang. Bagi mengasingkan antara ruang makan tuan rumah dan tetamu, Guest Area akan dijadikan sebagai Dining Area untuk tetamu pada waktu tertentu. Dining Area juga mempunyai anjung sendiri dan bertindak sebagai akses ketiga.

IMEJ – DZCREATION STUDIO

Pemilik kediaman ini agak ‘simple’ yang gemar kepada ‘simple design’ tapi elegan. Sukakan tingkap jenis labuh sehingga 1 kaki dari lantai, dan tingkap jenis tingkap penjuru, untuk membenarkan pencahayaan dan pengudaraan.

IMEJ – DZCREATION STUDIO
Video – YT
  • 688 House
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Keluasan: 2,335 kps
  • Tahun mula: 2016
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Lokasi cadangan: Bunut Susu
  • Daerah : Pasir Mas
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *