Batu Bata | Jenis Batu-Bata dan Kegunaannya

Image via architecturaldigest.com

Secara tradisinya, batu-bata telah banyak digunakan di dalam industri pembinaan. Selain bertindak sebagai struktur sesebuah bangunan atau binaan, ia juga berfungsi memberikan kesan astetik untuk menyerlahkan lagi pandangan senibina bangunan dengan kesan tekstur-tekstur yang indah, menarik dan cantik.

Batu-bata diperbuat daripada tanah liat yang dibakar sehingga menjadi kemerah-merahan. Ia dibentuk dengan blok-blok kecil, iaitu dengan saiz-saiz tertentu, agar ia mudah untuk dipegang dan lebih ringan untuk dibawa. Selain batu-bata tanah liat, batu-bata yang dihasilkan daripada campuran pasir dan kapur juga dipanggil sebagai batu-bata. termasuklah blok konkrit.

© DZ Creation | Saiz Standard Batu Bata

Saiz batu-bata standard : 215mm x 102.5mm x 65mm

Dengan perkembangan teknologi, ketika ini, semakin banyak binaan-binaan yang menggunakan sistem teknologi pasang siap atau dikenali sebagai Industrial Building System (IBS) kerana kosnya yang lebih murah, cepat dan mudah untuk dipasang. Hasilnya pun cantik juga. Bagaimanapun, penggunaan batu-bata dalam binaan masih lagi menjadi keutamaan, kerana ia terbukti mempunyai ketahanan yang kuat, kosnya juga masih murah dan ia sangat mudah untuk diperolehi. Terutamanya, batu-bata merah. Malah, ia juga telah membuktikan memberi kesan yang sangat baik terhadap struktur bangunan dan ruang dalamannya.

© DZ Creation | Site Visit – Contoh Batu-bata dalam binaan
Jenis-jenis Batu-Bata
1. Batu-bata Tanah Liat.

Diperbuat daripada tanah liat dihancurkan dan dicampurkan dengan air untuk dilembutkan dan mudah dibentuk. Ada dua cara iaitu, pertama, dengan menggunakan tangan, biasanya ada kesan lekuk muka. Kedua, menggunakan mesin dan biasanya tiada kesan lekuk muka.

Proses pembakaran dibuat dalam suhu yang tinggi supaya sebahagian tanah liat itu akan cair dan menjadi blok bata yang keras serta tahan lasak. Jika pembakaran terlampau panas atau terlalu rendah, bata yang terhasil tidak sesuai digunakan untuk tujuan pembinaan bangunan.

Image via
Kategori batu-bata daripada tanah liat:
  • Bata biasa – Ia digunakan untuk dinding dalam dan yang tertentu sahaja. Kekuatan dan kekerasannya tidak begitu tinggi. Tetapi, bata jenis ini boleh membawa beban dengan selamat. Tidak sesuai untuk memberikan kesan permukaan kerana mempunyai warna dan permukaan yang tidak menarik.
  • Bata permukaan – Mempunyai permukaan dan warna yang cantik. Ia mempunyai kekerasan yang cukup untuk bebanan biasa. Bata jenis ini mampunyai ketahanan daripada hujan, angin dan asap.
2. Bata jenis pasir dan kapur

Batu-bata jenis ini dibuat daripada campuran kapur dan pasir dengan perbandingan 1:8 serta air yang ditekankan ke dalam campuran sehingga membentuk batu bata. Kegunaannya ialah untuk jenis binaan yang terendam dalam air dan yang memerlukan kekuatan yang sangat tinggi.

Ikatan Batu-Bata

Ikatan bata dinding disusun supaya setiap bata dapat ikatan yang kuat antara satu sama lain. Terdapat 3 jenis ikatan batu bata yang biasa digunakan dalam pembinaan.

  1. Ikatan Stretcher
  2. Ikatan Inggeris dan
  3. Ikatan Fleming

1. Ikatan Stretcher ialah bata disusun dengan cara bahagian muka stretcher disusun pada bahagian sisi atau menghadap sisi dan disusun bertindan antara satu sama lain seperti dalam rajah 1.1 di bawah.

Stretcher Bond Brick Wall
© DZ Creation | Contoh Ikatan Stretcher (Rajah 1.1)

2. Ikatan Inggeris. Ikatan inggeris ialah satu lapisan disusun dengan menunjukkan muka depan dan satu lapisan lagi disusun dengan menunjukkan muka stretcher. Lihat Rajah 2.1 di bawah

English Bond Brick Wall
© DZ Creation | Contoh Ikatan Inggeris (Rajah 2.1)

3. Ikatan Fleming. Ikatan jenis fleming ialah muka depan bata dan ikatan stretcher disusun secara berselang-selang. Satu ikatan stretcher dan sebelahnya diletakkan bata dengan susunan muka depan. Lihat Rajah 3.1 di bawah.

Fleming Bond Brick Wall
© DZ Creation | Contoh Ikatan Fleming (Rajah 3.1)

Jika bata diikat atau disusun menegak secara bertindan seperti di dalam Rajah 3.2 di bawah ini, keadaan batu bata yang disusun itu akan menjadi tidak seimbang dan mudah dirobohkan.

Stacked Brick Wall
© DZ Creation | Contoh Susunan Menegak (Rajah 3.2)

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *