Seperti yang kita tahu bahawa, Lumion merupakan salah satu perisian 3D yang hebat yang telah dikeluarkan. Ia banyak sekali membantu kerja-kerja menyediakan kemudahan rendering 3D dan animasi 3D terutamanya dalam bidang senibina (architecture). Teknik asasnya sangat mudah untuk digunakan. Selain perisian Sketchup, 3Ds Max dan Revit, Lumion telah menawarkan banyak ciri-ciri yang memberikan kesan yang sangat realistik daripada pokok, manusia, haiwan, bunyi-bunyian, sinaran cahaya matahari, kenderaan dan objek-objek lain. Bukan sahaja daripada senibina (architecture) luaran, malah anda juga boleh merekabentuk dan mendekorasi hiasan dalaman. Hasil rendering-nya juga sangat pantas dengan pelbagai material yang disediakan memudahkan lagi kerja-kerja rendering anda. Jika pandai menggunakan fungsi dan ciri-ciri yang disediakan dengan sepenuhnya, hasilnya sangat fantastik.
Ciri-Ciri Lumion 9 dan Efeknya
Untuk hasil rekabentuk yang lebih menarik, sediakan lebih awal rekabentuk anda di dalam format asal seperti daripada 3D SketchUp sebelum dipindahkan atau ditukarkan kepada format perisian Lumion.
Keluaran terbaru ialah Lumion 10 yang akan keluar pada 4 November 2019. Sudah pasti ramai yang ternanti-nantikan keluaran terbaru ini !
Bermula 1 Oktober 2019, Lumion menawarkan beli software Lumion 9.5, anda akan dapat menaiktaraf kepada Lumion 10 secara percuma.
Seperti versi sebelumnya, menggunakan Lumion ini, anda perlu meng-export file format asal seperti daripada 3D SketchUp kepada format Lumion dan anda perlu meng-import format yang telah ditukar itu melalui perisian Lumion ini. Kemudian, anda boleh memasukkan pelbagai material, objek, manusia, kenderaan, pokok, kesan bunyi, kesan cahaya dan sebagainya. Ini sangat menarik, mudah dan pantas untuk membentangkan idea konsep kepada klien anda. Selain itu, dapat memberikan gambaran dan merasai kesan efek dari pelbagai sudut.
Ada 72 daripada 100 firma arktek dari seluruh dunia telah menggunakan Lumion

Bukan itu sahaja, tidak perlu lagi menghabiskan masa terlalu lama untuk kerja-kerja rendering. Ia sangat mudah dilakukan dalam masa yang sama dapat membuat perbincangan bersama rakan kerja dan semasa pembelajaran juga boleh digunakan dengan menggunakan kesan visual yang disediakan. Selain itu, objek, material dan efek boleh diubah dan ditukar kepada yang lain dengan mudah.
Dapatkan Free Trial di : Lumion
Kelebihan Lumion
- Proses render yang cepat
- Mempunyai kesan efek yang cantik dan realistik
- Mempunyai kandungan objek termasuk manusia dan pokok-pokok yang banyak
- Boleh import format dari model perisian senibina (architecture) yang lain
- Ada kesan bunyi, kesan pencahayaan dan langit yang real
- Tidak memerlukan kepada kursus tertentu. Boleh guna walaupun tiada kemahiran asas
- Boleh ubahsuai dengan cepat
- Sesuai juga untuk projek yang besar
Keperluan Komputer Yang disyorkan (Recommended Requirement)
- Graphics card : Graphics Card scoring a G3DMark of 10,000 or higher
- Graphics card memory : 6 GB or more
- Operating system : Windows 10 64-bit**
- CPU (processor) : Intel/AMD Processor scoring a single thread CPUMark of 2000 or higher
- Screen resolution : 1920 x 1080 pixels***
- System memory (RAM : 16 GB or more
- Hard drive : NVME m.2 Hard Drive
- Hard drive space : Minimum 30 GB of free disk space