Dalam architecture, sama ada anda seorang yang praktis dalam architecture atau pun seorang pelajar senibina (architecture), anda mesti memiliki beberapa buah buku architecture sebagai sumber rujukan untuk kerja-kerja senibina. Sama ada ianya di studio, di pejabat atau di ruang kerja anda.
Antara buku yang sangat popular dan selalu dijadikan sumber rujukan ialah buku yang di karang oleh Francis D.K Ching. Francis D.K Ching ialah seorang arkitek, penulis dan seorang profesor. Beliau banyak menulis buku-buku yang berkaitan dengan senibina. Buku-bukunya selalu menjadi rujukan di kalangan pelajar-pelajar senibina. Malah, golongan profesional, dan mereka yang sedang praktis dalam bidang senibina juga masih menjadikan penulisan beliau sebagai rujukan.
Berikut adalah senarai beberapa buah buku oleh Francis D.K Ching yang mesti anda miliki.
1. Architecture: Form, Space, and Order
Buku Architecture: Form, Space, and Order ialah pengenalan kepada asas rekabentuk senibina. Buku ini telah dikemaskini dan disemak untuk edisi yang keempat tentang ciri-ciri asas ruang dan bentuk, dan direka supaya menggalakkan lagi pemahaman terhadap senibina.
Buku Architecture: Form, Space, and Order ini juga menunjukkan penyelesaian konsep rekabentuk yang rumit menjadi lebih jelas, mempertimbangkan tentang faktor persekitaran, bangunan dan contoh-contoh bentuk kontemporari. Buku ini sangat membantu mereka yang praktis dalam senibina (architecture) seperti arkitek dan pelajar-pelajar senibina (architecture untuk lebih memahami asas rekabentuk senibina dengan visual-visual atau lakaran yang sangat membantu termasuklan circulation, proportion dan skala. D.K Ching juga menunjukkan hubungan merentasi masa dan persempadan budaya.
Architecture: Form, Space, and Order ini juga menggalakkan pembaca untuk melihat secara kritikal terhadap persekitaran binaan dan membangkitkan lagi pemahaman kepada senibina (architecture)
2. Architectural Graphics
Buku Architectural Graphics pula menerangkan tentang lukisan persembahan dan kepentingan peralatan melukis (architecture), prinsip dan teknik yang digunakan oleh jurureka/pereka untuk menterjemahkan idea senibina kepada persembahan visual.
Buku ini memfokuskan teknik lukisan tapak termasuk lukisan daripada pemerhatian, perkara-perkara yang ada dan keadaannya. Ia juga mengandungi maklumat tambahan tentang unjuran ortografik yang berkait dengan model-model 3D. Ada juga contoh perabot dan susun atur cara membuat persembahan/penyampaian.
Di dalam buku Architectural Graphics ini juga menerangkan teknik lukisan seperti ketebalan garisan, ukuran dan lukisan perspektif. Ia juga masih mengekalkan pengenalan kepada perkakasan melukis (drafting) seperti multiview, paraline dan lukisan perspektif. Termasuk pandangan membuat keratan, kerja-kerja rendering dan banyak lagi. Francis D.K Ching menjelaskan kerumitan konsep senibina secara grafik yang sangat membantu mereka yang sedang mempraktikkan senibina (architecture) seperti arkitek, pelajar senibina dan yang seumpama dengannya.
3. Building Construction Illustrated
Selain itu, buku yang patut ada sebagai sumber rujukan ialah Building Construction Illustrated. Buku ini secara umumnya menerangkan panduan asas binaan bangunan secara visual. Ia kaya dengan maklumat dan menjelaskan dengan sangat menyeluruh tentang kesemua konsep asas pembinaan bangunan.
Contohnya, batu bata, dinding, tangga, bukaan seperti tingkap, pintu, tiang, beam, lantai, struktur besi atau kerangka besi dan sebagainya.
4. Design Drawing
Buku Design Drawing menggabungkan imaginasi dengan asas prinsip senibina termasuk asas lukisan termasuk garisan, bentuk, tona dan ruang. Juga membantu pembaca satu per satu melalui keseluruhan proses lukisan.
Buku Design Drawing ini juga meneliti perbezaan teknik lukisan seperti multiview, paraline dan lukisan perspektif dan bagaimana ia diaplikasikan untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan.
5. A Visual Dictionary of Architecture
Buku ini menerangkan maksud atau mendefinisikan sesuatu secara ringkas dan tepat melalui visual atau lakaran ilustrasi dengan perincian yang sangat teliti termasuk lukisan-lukisan tangan.
Seperti arch, wood, konsep, teknogi, material dan perincian-perincian penting kepada arkitek, pelajar dan pereka.
Di dalamnya menggabungkan lakaran lukisan dan penulisan ringkas untuk menerangkan istilah-istilah dan sesuatu yang berkaitan dengan senibina.