Sebelum ini, kita sudah memberikan 5 orang arkitek terkenal di dunia dan sebenarnya, ada ramai lagi tokoh arkitek yang hebat yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada kita. Ada di antara mereka sudah meninggal dunia dan ada juga yang masih hidup sehingga ke hari ini.
1. Zaha Hadid
Siapakah di kalangan warga architecture yang tidak mengenali Zaha Hadid? Zaha Hadid merupakan seorang arkitek modern yang sangat terkenal dengan architecturenya yang unik. Setiap projeknya mengubah tanggapan apa yang boleh dicapai melalui konkrit, keluli dan kaca.
Beliau merupakan seorang arkitek British-Iraq. Beliau lahir pada tahun 1950, 31 Oktober, di Baghdad, Iraq. Nama sebenar beliau ialah Zaha Mohammad Hadid. Zaha Hadid merupakan seorang arkitek wanita dan seorang arkitek muslim pertama yang menerima Pritzker Architecture Prize pada tahun 2004. Pada tahun 2010 dan 2011, beliau telah menerima Stirling Prize yang merupakan anugerah paling berprestij di United Kingdom.
Tahun 2012 pula, beliau telah diberi Dame oleh Ratu Elizabeth II untuk perkhidmatan architecture-nya. Pada tahun 2015, beliau menjadi wanita pertama dan satu-satunya wanita yang dianugerahkan Royal Gold Medal dari Royal Institute of British Architects (RIBA). Selain itu, beliau banyak menerima anugerah dan penghargaan atas sumbangan beliau dalam dunia senibina.
Antara bangunan senibinanya ialah
- MAXXI Entrance, Rome, Italy (1998–2010
- Bridge Pavilion in Zaragoza, Spain (2005–2008)
- Phaeno Science Center, Wolfsburg, Germany (2000–2005)
- London Aquatics Centre, built for the 2012 Summer Olympics, London (2005–2012)
- Riverside Museum, Glasgow, Scotland (2004–2011)
- Galaxy SOHO in Beijing, China (2008–2012)
- Port Authority Building (Havenhuis) in Antwerp, Belgium (2016)
- Dongdaemun Design Plaza from ground level
- Jockey Club Innovation Tower at the Hong Kong Polytechnic University (2007–2014)
- Salerno Maritime Terminal in Salerno, Italy (2005–2016)
Pada tahun 2016, beliau meninggal dunia di Miami, Florida, Amerika Syarikat.
2. Renzo Piano
Renzo Piano ialah seorang arkitek Itali lahir pada tahun 1937. Beliau menerapkan keseimbangan antara seni, senibina dan kejuruteraan. Karya senibina Renzo Piano dikenali sebagai ialah “high-tech” dan “postmodernisme” yang berani. Contohnya, pengubahsuaian dan tambahan bangunan Morgan Library & Museum pada tahun 2006 yang telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai lebih dari satu gaya. Ruang dalam yang terbuka, bercahaya, kelihatan moden, penerapan semula jadi, gaya lama, dan gaya baru digabungkan pada masa yang sama.
Bangunan senibina ternamanya termasuklah bangunan Centre Georges Pompidou di Paris beliau dengan Richard Rogers pada tahun 1977, The Shard di London tahun 2012, dan Whitney Museum of American Art di New York City tahun 2015 dan Stavros Niarchos Foundation Cultural Center di Athens tahun 2016. Pada tahun 1998, Dia telah memenangi anugerah Pritzker Architecture Prize.
Antara hasil karya senibinanya yang lain ialah
- Kansai International Airport, Osaka, Japan (1991–94)
- Jean-Marie Tjibaou Cultural Centre in Nouméa, New Caledonia (1991–98)
- Auditorium of the Parco della Musica, Rome (1994–2002)
- The Astrup Fearnley Museum of Modern Art, Oslo, Norway (2010–13)
- Stavros Niarchos Foundation Cultural Center, Athens, Greece (2016)
“You have to accept as an architect to be exposed to criticism. Architecture should not rely on full harmony”
– Renzo Piano
3. Oscar Niemeyer
Oscar Niemeyer atau nama sebenarnya Oscar Ribeiro de Almeida Niemeyer Soares Filho lahir pada tahun 1907 ialah seorang arkitek Brazil. Beliau digelar sebagai salah seorang tokoh utama dalam pembangunan senibina moden. Rekabentuk senibinanya yang paling dikenali ialah rekabentuknya untuk Brasilia, sebuah bandar terancang yang telah menjadi ibukota Brazil pada tahun 1960.
Konkrit putih, lengkungan , dan menekankan warna primitif merupakan karektor yang sangat disukai oleh Oscar. Beliau tidak tertarik kepada sudut lurus atau kepada garis lurus, keras dan kaku. Beliau cenderung kepada lengkungan sensual yang mengalir bebas. Lengkung seperti di pergunungan, alunan sungai-sungai dan ombak lautan.
“I am not attracted to straight angles or to the straight line, hard and inflexible, created by man. I am attracted to free-flowing, sensual curves. The curves that I find in the mountains of my country, in the sinuousness of its rivers, in the waves of the ocean, and on the body of the beloved woman. Curves make up the entire Universe, the curved Universe of Einstein”
Niemeyer, Oscar (2000). The Curves of Time: The Memoirs of Oscar Niemeyer. London: Phaidon
Hasil karya senibina beliau ialah:-
Masjid Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu rekabentuk bangunan yang diinspirasikan daripada gaya Oscar Niemeyer iaitu Cathedral of Brasilia di Brasilia, Brazil. Arkitek Masjid Negeri Pulau Pinang ini direkabentuk oleh Arkitek Filipina, Eftren Brindez Paz.
Antara anugerah dan pencapaian yang telah diterima oleh beliau ialah
- Lenin Peace Prize – 1963
- Golden Lion of the Venice Biennale (Italy, 1963)
- Honorary Member of the American Institute of Architects (1963)
- Honorary Member of the National Institute of Arts and Letters (USA, 1964)
- Pritzker Prize – 1989
- Prince of Asturias Awards – 1989
- RIBA Royal Gold Medal – 1998
- Unesco Award in the category of Culture – 2001
- “20th century architect” – Superior Council of the Institute of Architects of Brazil, 2001
- Konex Award – Argentina, 2002
- Praemium Imperiale – Japan, 2004
- dan banyak lagi
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2012 ketika usianya 104 tahun.
4. Ludwig Mies van der Rohe
Ludwig Mies van der Rohe atau biasanya dipanggil Mies, merupakan arkitek kelahiran Jerman yang lahir pada tahun 1886 dan meninggal dunia pada 1969. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang perintis kepada senibina modern.
Mies juga berusaha mewujudkan gaya senibinanya sendiri yang boleh mewakili zaman moden iaitu pada abad ke 20 sepertimana gaya-gaya senibina yang terdahulu. Bangunan-bangunan senibinanya juga banyak menggunakan material modern seperti besi dan plat kaca untuk menampilkan kesan ruang dalam bangunan tersebut. Mies berusaha ke arah senibina dengan struktur yang minimum yang seimbang.
Dia menggelar bangunan-bangunannya sebagai senibina “skin and bones”
Antara anugerah yang diterima oleh beliau
- Pour le Mérite (1959)
- Royal Gold Medal (1959)
- AIA Gold Medal (1960)
- Presidential Medal of Freedom (1963)
Hasil karya bangunan senibinanya
Antara karya senibinanya yang lain ialah
- Highfield House
- 860–880 Lake Shore Drive
- One Charles Center
- Seagram Building
- New National Gallery
- Tugendhat House
- Westmount Square dan lain-lain
5. Louis Kahn
Louis Kahn atau nama sebenarnya Louis Isadore Kahn lahir pada Februari 1901 dan mati pada Mac 1974. Beliau merupakan Arkitek Amerika berpangkalan di Philadelphia. Beliau membuka studionya sendiri pada tahun 1935. Ketika beliau meneruskan kerjayanya, beliau pernah menjadi profesor senibina di Yale School of Architecture dari 1947 hingga 1957. Pada tahun 1957 sehingga kematiannya, beliau merupakan seorang professor senibina di School of Design, University of Pennsylvania.
Gaya senibinanya ialah “monumental dan monolithic” iaitu sesuatu yang kelihatan tersergam dan bersejarah serta teguh. Senibina bangunannya itu tidak menyembunyikan apa yang terkandung disebaliknya seperti beratnya, bahan-bahannya dan bagaimana ianya dipasang atau dibina. Dia juga seorang yang terkenal dengan ketilitiannya malah antara arkitek yang paling berpengaruh pada abad ke-20.
Anugerah yang pernah dianugerahkan kepadanya
- RIBA Gold Medal
- AIA Gold Medal
Antara hasil karya beliau
Artikel berkaitan : 5 Arkitek Terkenal Di Dunia – Part 1