
Puncak Menara (Spire) Notre-Dama yang telah musnah akibat kebakaran pada tahun 2019 yang lalu akan dipulihkan. Ia akan dibina mengikut rekabentuk Gothic yang asal abad ke 19, seperti yang telah dinyatakan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah mengumumkan keputusan tersebut bagi mengakhiri spekulasi arah tuju masa depan bagi rekabentuk menara tersebut. Beliau juga merumuskan siri perbincangan yang tegang, selepas pertemuan dengan France’s National Heritage and Architecture Commission (CNPA).
Presiden Perancis itu juga tidak mahu menangguhkan lagi kerja-kerja pembinaan atau menjadikannya lebih rumit. Namun, beliau menyatakan bahawa puncak menara itu perlu disiapkan pada tahun 2024, iaitu ketika Sukan Olimpik Paris.
Sumber: ArchDaily
Nota: Spire bermaksud puncak menara. Biasanya ia terdapat pada gereja. Rujuk : prpm.dbp.gov.my