Ketika membuka Sketchup, pilih template mm (millimeter)

Membuat bentuk asas dengan Rectangle tool
Klik pada Rectangle tool di menu bar. Kemudian, gerakkan mouse dan pilih mana-mana point pertama di kawasan ruang kerja dan klik sekali.
Gerakkan mouse dan pilih point kedua untuk membentuk permukaan segi empat. Sebenarnya, anda boleh masukkan nilai untuk bentuk segi empat tersebut. Contohnya, anda mahu membuat bentuk segi empat sama dengan nilai 6000 mm x 6000 mm, anda hanya perlu taip 6000,6000 selepas anda klik sekali pada point pertama.
Pastikan anda sudah memilih template kerja dalam millimeter.
Kemudian, pilih Push/Pull tool untuk menaikkan permukaan segi empat sama tadi. Halakan mouse ke permukaan segi empat tersebut dan klik sekali. Gerakkan mouse ke atas mengikut ketinggian yang anda mahukan. Atau masukkan nilai ketinggian. Contohnya, jika anda mahu masukkan nilai ketinggian dengan 3000 mm maka taip sahaja 3000 dan tekan ENTER pada keyboard.
Nota: Jika anda menggunakan template dalam unit sentimeter (cm) atau meter (m) anda perlu masukkan nilai dalam sentimeter (cm) atau meter (m).
Daripada bentuk objek 3D yang telah anda buat tadi, anda masih boleh membuat bentuk lain atau menambah bentuk-bentuk lain pada permukaan objek 3D seperti bentuk segi empat, bentuk bulatan, bentuk lengkungan atau membesarkan dan mengecilkan objek.