
Baru-baru ini tular gambar menunjukkan satu keratan akhbar tentang sebuah bangunan 47 tingkat tidak mempunyai lift. Dikatakan kontraktor baru sedar tiada ruang untuk memasang lift beberapa bulan sebelum projek bangunan tersebut siap.
Sebenarnya, gambar bangunan 47 tingkat tanpa lift yang tersebar di media sosial itu pernah kecoh beberapa tahun lepas. Ia kembali menjadi tular di media sosial terutamanya di Facebook untuk dijadikan sebagai bahan jenaka dan sindiran.

Bangunan yang tular itu ialah bangunan InTempo yang terletak di Benidorm, Sepanyol. Ia merupakan sebuah bangunan pencakar langit 47 tingkat dengan ketinggian 180 meter. Bangunan itu telah direkabentuk oleh Arkitek Sepanyol, Roberto Perrez Guerras.
Pada tahun 2013, memang pernah keluar berita daripada sebuah akhbar Sepanyol, El Pais, telah menulis satu laporan bertajuk, “InTempo, an incompetence of high stature” ia mendakwa bahawa ada sumber memberitahu yang bangunan itu tidak mempunyai ruang lift selepas pelan arkitektur bangunan itu ditambah daripada 20 tingkat menjadi kepada 47 tingkat.
El Pais juga mendakwa terdapat pekerja yang cedera dan bekerja tanpa dibayar gaji selain terdapat masalah-masalah lain ketika proses pembinaan.
Laporan itu telah diambil oleh banyak pihak dan ada yang membuat andaian bahawa tiada penyelesaian dapat dibuat berdasarkan kepada cara bagaimana bangunan itu dibina dan tiada ruang lagi untuk meletakkan lift.
Bagaimanapun, ia disangkal sendiri oleh pemaju projek tersebut dengan mengatakan bahawa semua laporan yang sedang hangat diperkatakan itu adalah tidak benar dan menegaskan ianya sangat tidak masuk akal apabila membina bangunan yang tinggi tetapi tidak memikirkan tentang lift.
Sebenarnya, setiap bangunan itu mempunyai 6 buah lift. Malah, seorang wartawan telah datang ke tapak bangunan itu dan mencuba sendiri lift di dalamnya. Laman web InTempo juga telah menambah gambar lift tersebut di dalam laman web mereka sebagai bukti.
Bangunan ini telah siap pada Mac 2014 dan mempunyai 269 buah apartment di dalamnya. Harga untuk apartment 1 bilik ialah setinggi €358,000.
Image via www.skyscrapercenter.com Image via www.skyscrapercenter.com
Sumber: Businessinsider