Teknologi IBS Kenaf Akan Diperluaskan Ke Seluruh Negara

Sumber gambar : SinarHarian

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mencadangkan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) berasaskan kenaf diperluaskan di kesemua 222 parlimen seluruh negara.

Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pembinaan kediaman di bawah peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dianggarkan menelan belanja RM222 juta dengan kos setiap rumah kediaman sekitar RM50,000.

Menurutnya, usaha itu adalah untuk mengembangkan industri IBS kenaf dalam sektor pembinaan kediaman di negara ini.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri berkenaan dengan perkara berkenaan. Setakat ini terdapat 3 buah rumah kediaman sedang dalam pembinaan sebagai projek perintis di Parlimen Kuala Nerus.

Beliau memberitahu usaha ini dilakukan kerana terbukti lebih sistematik, tahan haba, tahan lasak, menjimatkan masa dan kos pembinaan serta mesra alam.

Penggunaan teknologi IBS daripada syarikat swasta meningkat kepada 35% pada tahun 2019. Ini menunjukkan

“Industri pembinaan di Malaysia tidak terkecuali mengalami transformasi seiring dengan kemajuan digitalisasi dan teknologi. Ia telah mula beralih dari kaedah konvensional kepada sistem IBS yang lebih sistematik, mapan, menjimatkan masa dan kos selain berkualiti.” Katanya ketika Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengenalan Keusahawanan sistem binaan berindustri (IBS) Kenaf di Kuala Terengganu.

Menurut Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyasarkan penggunaan teknologi IBS meningkat kepada 50 peratus menjelang akhir tahun 2020 bagi projek yang dimajukan oleh pihak swasta.

Beliau juga menambah, industri kenaf mempunyai potensi besar dan berdaya saing untuk dibangunankan termasuk industri pembinaan.

Menurutnya, sehingga 31 Julai 2020, seluas 285.2 hektar kawasan di Terengganu telah dibangunkan dengan tanaman kenaf melibatkan 178 penanam. Jumlah keluasan dijangka bertambah selaras dengan peningkatan keperluan bahan mentah bagi menyokong pengeluaran produk ‘non-woven’ melalui fasiliti pemprosesan yang telah dibangunkan di Setiu, Terengganu.

“Kementerian melalui LKTN sentiasa menambah baik program pembangunan yang melibatkan aktiviti pengembangan serta fasiliti berkaitan supaya pembangunan industri berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif,” katanya.

Sumber: SinarHarian

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *