Sharing is caring!

Rekabentuk rumah kediaman banglo 1 tingkat ini terletak di Mukim Lalang, Pasir Mas, Kelantan. Cadangan asal yang diminta oleh pemilik bagi rekabentuk rumah ini ialah rumah kediaman berkembar 1 tingkat. Bagaimana pun, cadangan tersebut kemudiannya diubah menjadi rekabentuk banglo sesebuah yang mengandungi 4 bilik tidur iaitu 1 bilik tidur utama, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Rumah ini juga mengandungi 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga termasuk ruang makan dan ruang dapur.

Keluasan / Ukuran Setiap Ruang

Keluasan bagi bilik tidur utama ialah 17 x 15 kaki termasuk 1 bilik air. Manakala 3 lagi bilik tidur ialah berukuran 12 x 11 kaki dan berkongsi 1 bilik air yang berkeluasan 30 kaki persegi. Ruang tamu 198 kaki persegi, ruang keluarga dan makan 432 kaki persegi dan ruang dapur 225 kaki persegi.

Bukaan

Bukaan di ruang makan dan ruang keluarga disediakan 1 pintu gelangsar atau sliding door yang menghadap tanah lapang. Ini kerana ruag keluarga dan ruang makan ini agak besar, jadi, dengan menyediakan bukaan pintu gelangsar ia dapat menerima pengudaraan dan pencahayaan secara semula jadi yang lebih baik. Bukaan yang besar dapat membantu menerima cahaya dan udara dengan lebih banyak masuk ke dalam bangunan.

Pemilik rumah kediaman ini sangat berminat dengan bukaan tingkap yang besar, tingkap labuh dan tingkap di penjuru ruang atau bilik. Jadi, beberapa cadangan bukaan tingkap telah disediakan di ruang tamu dan bilik tidur utama. cadangan tersebut ialah 1 tingkap penjuru berada di ruang tamu dan juga tingkap labuh. Manakala, di bilik tidur utama pula, 2 tingkap penjuru dan 2 tingkap labuh. Bagaimanapun, di bilik tidur lain pula menggunakan saiz dan ketinggian standard tingkap iaitu 900mm atau 3 kaki dari aras lantai.

Jarak Anjakan Ke Sempadan Lot

Jarak anjakan yang minimum yang benarkan ialah 10 kaki kiri, 10 kaki kanan dan 10 kaki belakang bangunan ke garis sempadan lot. Manakala, 20 kaki anjakan perlu disediakan di bahagian hadapan ke garis sempadan lot (bahagian yang menghadap jalan).

Bagi cadangan rumah kediaman ini, anjakan telah dibuat mengikut kehendak yang ditetapkan. malah anjakannya juga disediakan lebih daripada 10 kaki kerana pemilik inginkan ruang yang lebih luas di bahagian kiri bangunan. Pemilik juga mempunyai perancangan untuk membuat tambahan dan ubahsuai di masa akan datang terutamanya di ruang dapur.

Ruang anjung atau tempat letak kenderaan dicadangkan di bahagian hadapan dan tiangnya pula dicadangkan pada jarak 10 kaki dari garis sempadan lot. (Tiang-tiang tempat letak kenderaan hadapan dibenarkan sehingga 10 kaki daripada garis sempadan lot).

Maklumat Projek

  • Projek : Rumah kediaman 1 tingkat
  • Keluasan : 1800 kps
  • Lokasi : Mukim Lalang

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
January 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 64
shares