
Kerajaan Itali sedang merancang untuk menambah lantai yang boleh ditarik ke amfiteater Colosseum di Rom supaya sebarang persembahan dapat diadakan di arena tersebut.
Perancangan tersebut akan dimajukan oleh Colosseum Archaeological Park dan Kementerian Warisan Budaya dan Aktiviti dan Pelancongan Itali, di mana, lantai yang sudah lama dan hancur itu akan dibina semula.
“Pembangunan semula arena Colosseum merupakan idea yang hebat yang menjelajah ke seluruh dunia,” kata menterinya, Dario Franceschini dalam satu kenyataan.
“Ini akan menjadi intervensi teknologi yang hebat yang akan memberi peluang kepada pengunjung bukan hanya untuk melihat ruang bawah tanah tetapi untuk mengagumi keindahan Colosseum dari tengah arena.”
“Tujuannya adalah untuk menjadikan permukaan arena Colosseum dapat digunakan semula”
Kerajaan Itali mencari pasukan reka bentuk untuk membuat lantai yang boleh ditarik yang akan ditempatkan di tengah arena di atas hypogeum – kawasan di bawah lantai kayu arena.

Di Colosseum itu, hipogeum dua tingkat yang rumit itu, yang mengandungi lapan puluh pengangkat untuk membawa haiwan dan gladiator langsung ke arena, telah terdedah sejak lantai kayunya reput.
Rancangan semasa akan memperlihatkan lantai yang boleh ditarik itu dipasang di atas hypogeum supaya kawasan ini masih dapat dilihat, tetapi dalam masa yang sama dapat ditutup agar ia terlindung daripada cuaca buruk dan seterusnya digunakan semula untuk aktiviti persembahan.
“Tujuannya adalah untuk menjadikan permukaan arena Colosseum dapat digunakan kembali dan mengenal pasti penyelesaian teknologi yang serasi sesuai untuk menutup ruang di bawah tanah,” jelas satu kenyataan dari Kementerian Warisan Budaya dan Kegiatan dan Pelancongan.
“Intervensi mesti direka sedemikian rupa serentak dengan itu menawarkan persepsi tahap arena di mana permainan berlangsung dan visi sistem kompleks struktur dan mekanisme asas.”
Lantai yang boleh ditarik akan dipasang menjelang tahun 2023
Dijangka akan dibina pada tahun 2023, lantai yang boleh ditarik itu akan merangkumi rangkaian lif untuk menghubungkan kawasan bawah tanah dengan lantai arena dan dijangka menelan belanja 18.5 juta euro. Pasukan rekabentuk mempunyai tempoh sehingga 1 February 2021 untuk mengemukakan cadangan.
“Arena baru itu harus disusun sebagai lantai bersepadu, mengandungi teknologi yang tinggi, mempunyai alat pembuka dan penutup mekanikal, membolehkan pengunjung memahami sinergi dan hubungan erat dengan bawah tanah, juga menggunakan sistem yang merujuk kepada mekanisme lif dan adegan mudah alih purba,” sambung Kementerian itu.
Siap pada tahun 80 Masihi, Colosseum dapat memuatkan antara 50,000 hingga 80,000 orang dan ia digunakan untuk pertandingan gladiator semasa Empayar Rom.

Berikutan kejatuhan Empayar Rom, arena itu menjadi rosak tetapi tetap menjadi salah satu simbol yang paling dikenali dari zaman Rom kuno. Ia adalah salah satu tarikan yang paling banyak dikunjungi di Rom dengan sekitar tujuh juta pelancong setiap tahun.
Diterjemah dan diolah daripada: dezeen.com