IKEA Damansara hari ini (2 Januari 2021) ditutup buat sementara waktu berikutan terdapat laporan kes positif COVID-19 yang membabitkan staffnya dan pihak vendor perkhidmatan selepas satu ujian saringan yang diadakan baru-baru ini.
Berdasarkan kepada kiriman di facebook IKEA, KKM menasihatkan untuk menghentikan operasi IKEA Damansara bermula pada hari ini (2 Januari 2021) sehingga pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pihak IKEA juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa serta akan melakukan langkah kawalan dan pencegahan atas nasihat KKM.
Mereka yang ada hubungan rapat akan dihubungi oleh pegawai kesihatan.
Berikut status daripada Facebook IKEA: