Pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) sebenarnya banyak peluang hilang kepada Malaysia, menurut seorang pakar pengangkutan dan kumpulan perniagaan.
Dikatakan laluan HSR yang hanya berhenti ke Johor juga akan membazirkan dana dan tidak ada sebab. Malah, boleh jadi juga tidak produktif, kata mereka.
Projek kereta api yang tidak menghubungkan Malaysia dan Singapura secara tidak langsung menjadikan projek itu sebagai “sia-sia”, menurut perunding veteran Goh Bok Yen dan Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Shaun Cheah.
Sebelum itu, kerajaan Singapura dan Malaysia mengesahkan bahawa projek HSR “telah tamat” setelah perjanjian dua hala yang dicapai antara kedua-dua negara pada tahun 2016 berakhir.
Selepas pertukaran kerajaan, Malaysia telah mengusulkan pindaan rancangan tersebut, bermula pada tahun 2018 dan tahun 2020, tetapi gagal mencapai kesepakatan dengan Singapura.
Bagaimanapun, Goh mempersoalkan kesan dan daya maju terhadap laporan yang mengatakan bahawa projek HSR yang menghubungkan Singapura itu akan digantikan dengan projek lain yang hanya berhenti di Johor Bahru.
“Kesan menghubungkan dua hab ekonomi di rantau ini jelas. Singapura memperoleh kawasan pedalaman sementara Malaysia memperoleh pintu masuk antarabangsa.
Menurutnya lagi, tanpa Singapura, ia hanya merupakan satu lagi landasan kereta api yang sama sahaja seperti laluan kereta api KTMB sedia ada malah, ia juga akan bersaing antara satu sama lain serta sistem pengangkutan yang lain.
Goh mengatakan, lebih baik untuk menggunakan wang, yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion, untuk meningkatkan kapasiti KTMB, melebarkan jalan, dan menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik.
Beliau juga berkongsi kebimbangan bekas perdana menteri Najib Razak bahawa jika HSR tidak terus ke Singapura, ini akan menjejaskan kesinambungannya kerana kumpulan penumpang tidak akan datang dari sumber baru seperti Singapura tetapi hanya banyak tertumpu kepada pelancong domestik sahaja.
“Salah satu titik tambah terbesar HSR KL-Singapura adalah pelepasan Kastam dan Imigrasi tunggal di KL atau Singapura, bergantung pada tempat anda berangkat. Ini menjimatkan banyak masa, tidak seperti perjalanan dengan kapal terbang. “
Menurut Cheah, alasan untuk pembinaan kereta api laju HSR adalah perhubungan dengan Singapura. Tanpa itu, tidak ada alasan untuk projek kereta api yang lain.
“Laluan udara KL-Singapura adalah yang paling sibuk di dunia dan alasannya adalah kerana Malaysia adalah pengembangan tapak perniagaan bagi beribu-ribu pejabat di Singapura.
“Banyak pelaburan langsung asing datang melalui Singapura dan banyak pejabat berpusat di sana kerana kemudahan menjalankan perniagaan, kestabilan politik, dan polisi yang jelas.”
Walau bagaimanapun, kosnya lebih rendah Di Malaysia, begitu banyak syarikat, walaupun berlabuh di Singapura, akan berkembang beroperasi di sini.
“Dengan sambungan (Singapura) itu, ia menjadi seperti perjalanan harian. Tanpa laluan perhubungan pengangkutan yang lancar, orang akan menghadapi kelewatan yang sama dengan mereka ketika melalui udara atau darat, ”katanya, sambil menambah bahawa dia berharap Putrajaya akan kembali kepada perancangan HSR yang asal.
Dalam pasa itu, ahli ekonomi Carmelo Ferlito mengatakan Malaysia akan kehilangan peluang ekonomi. Projek HSR antara KL dan Singapura perlu diperluas dalam satu-satu masa, untuk menghubungkan kedua-dua negara ke negara Thailand pula.
“Masa depan pengangkutan di Malaysia adalah kereta api. Tidak efisien untuk melakukan perjalanan melalui kapal terbang dan jalan raya, ”kata Ferlito yang mengetuai Pusat Pendidikan Pasar.
“Apa yang kami perlukan adalah jaringan rel yang bersepadu, bukan hanya untuk penumpang tetapi juga untuk pengangkutan kargo.”