Ministry of Design (MOD) telah melengkapkan rekabentuk dalaman ruang awam di dalam ‘ibu pejabat YTL’ sebuah menara yang direkabentuk oleh KPF (Kohn Pedersen Fox) untuk bangunan syarikat itu. Di dalamnya, pelawat disambut dengan lobi yang besar dan tinggi dengan ketinggian mencecah 20 meter atau 65 kaki. Beberapa bukaan yang besar dicipta untuk mendapatkan jumlah sinaran cahaya yang banyak ke dalam bangunan sepanjang hari.
Di ruang lobi yang tinggi itu telah dipasangkan karya seni oleh studio sawada yang kelihatan terapung-apung seperti awan di satu sudut bagi disesuaikan dengan keadaan ruang yang besar itu dengan penghuni di dalam bangunan tersebut. MOD juga melengkapkan tiga lagi tingkat iaitu di aras 8, 9 dan 10 termasuk ruangan pertemuan seperti kafe dan dek taman.\
Dua dari tiga tingkat atas dihubungkan secara menegak melalui satu ruang kosong yang dapat dilihat dari aras yang berbeza dan disediakan tangga berbentuk spiral. Pelbagai ruang disediakan seperti kafe kasual, bilik separa tertutup, bilik peribadi akustik, dan bilik persidangan pelbagai fungsi yang besar. MOD juga menjelaskan bahawa semua ruang telah direka dengan bahan dan palet warna yang menarik dan bertenaga.
- Sumber: Designboom
- Gambar: Archdaily