Rumah Bersejarah Tahun 1880an Dipindahkan

Rumah bersejarah berusia kira-kira 141 tahun yang terletak di San Francisco telah dipindahkan ke lokasi baru pada hari Ahad yang lalu iaitu di enam blok dari Franklin Street ke Fultonn Street.

“Ini sangat luar biasa untuk melihat rumah tujuh bilik tidur ini dipindahkan,” kata Wanda Ramos yang tinggal berhampiran lokasi asal rumah itu.

Gary Carter tinggal di dekat lokasi baru dan menggemakan pemikiran yang sama. “Ini cukup besar, cukup menakjubkan,” kata Carter.

Sebastian Luke yang juga salah seorang daripada mereka yang menyaksikan pemindahan itu turut mengatakan, “Ini adalah bangunan yang indah.”

Pemindahan bangunan bersejarah itu telah menarik minat seluruh warga San Francisco. Ia dirakamkan dari setiap sudut oleh ratusan penduduk San Francisco.

  • Sumber: abc7news
  • Diterjemah dan diolah oleh: Azizi MY

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *