Sharing is caring!

Foster + Partners merancang rekabentuk Hotel 12, di Pulau Ummahat AlShaykh di Arab Saudi. Ia dibangunkan oleh Syarikat Pembangunan Laut Merah (TRSDC), merupakan salah satu daripada dua hotel di pulau itu. Yang pertama direka oleh Kengo Kuma.

Imej via Archdaily

Projek laut merah ini mendedahkan beberapa gambar rekabentuk Hotel 12 Foster + Partners, salah satu inisiatif pelancongan di Pulau Ummahat AlShaykh. Ia direkabentuk dengan beberapa siri kabin kayu, komponen yang berbeza daripada projek ini pula disusun di sekitar laluan melingkar. Beberapa bilik akan diletakkan secara bertanggung, sementara yang lain direka secara terus di atas tanah.

Selain itu, Foster + Partners juga akan bertanggungjawab untuk beberapa inisiatif projek laut Merah yang lain dan turut dilantik untuk merancang salah satu daripada dua pusat peranginan pedalaman yang akan dibuka sebagai sebahagian daripada fasa pertama, Southern Dunes iaitu sekitar 40 vila hotel di seluruh pusat peranginan itu. Di samping itu, pihaknya juga akan mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Laut Merah dan projek resort Coral Bloom di Pulau Shurayrah.

Bagaimana anda membawa orang ke tempat-tempat yang belum pernah ada sebelumnya? Dan bagaimana anda membawa orang-orang ke tempat-tempat itu tanpa merosakkan apa-apa? “Ini adalah untuk membina lebih banyak tentang persekitaran dan tentang memajukan apa yang ada dalam jangka masa panjang berbanding dengan memusnahkannya. Itu adalah satu sentuhan halus, pendekatan yang tidak merosakkan, dan ia diterajui melalui keseluruhan rekabentuk dari awal hingga akhir, dan itulah yang terus kami perjuangkan – Gerard Evenden, Ketua Studio di Foster + Partners.

Imej via Archdaily

Ia dijangka akan menerima tetamu pertama pada akhir tahun 2022, iaitu ketika lapangan terbang antarabangsa dan hotel pertama akan dibuka, Projek Laut Merah sekaligus meletakkan Arab Saudi di peta pelancongan global. Apabila siap pada tahun 2030 nanti, destinasi ini akan merangkumi 50 pusat peranginan yang menawarkan sehingga 8000 unit bilik hotel dan lebih dari 1000 hartanah kediaman di 22 buah pulau dan 6 kawasan pedalaman.

Imej via Archdaily

Dimajukan lebih 28,000 km2 daratan dan perairan, inisiatif ini juga akan merangkumi hotel, tempat kediaman, kawasan bersantai, komersil dan kemudahan hiburan dengan disokong oleh infrastruktur yang menekankan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharuai, pemuliharaan dan penggunaan semula sumber air. Dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, matlamat projek ini adalah untuk mencapai 100% bebas karbon.

Imej via Archdaily

Apa yang penting tentang mampan ialah 2 perkara: satu ialah memberi pilihan kepada masyarakat. Dan kedua, melihat reaksi terhadap apa yang akan anda lakukan. Jadi, bila kami melihat pulau-pulau itu, pendekatan kami ialah memberikan sentuhan halus. Sehalus yang mungkin — Gerard Evenden, Head of Studio at Foster + Partners.

  • Sumber: Archdaily
  • Diterjemah dan diolah oleh: Azizi MY

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 60
shares