Muzium Besar Mesir Menyediakan Artifak Bersejarah Konteks Moden

Direka oleh firma arkitek Ireland Heneghan Peng, Muzium Besar Mesir yang telah lama ditunggu-tunggu yang dikhususkan untuk Mesirologi akan dibuka pada musim panas ini, yang terletak di pinggir Dataran Tinggi Giza iaitu 2 km dari Piramid. Ia dianggap sebagai muzium terbesar di dunia yang didedikasikan untuk satu peradaban. Kompleks budaya ini juga akan menampung sekitar 100,000 artifak kuno yang mana ia merangkumi 24,000m² ruang pameran tetap, muzium kanak-kanak, kemudahan untuk persidangan, ruang pendidikan, pusat pemuliharaan dan taman yang luas di dalam dan di sekitar muzium.

Imej Grand Egyptian Museum via Archdaily

Rekabentuk Muzium Besar Mesir ini telah dianugerahkan kepada Heneghan Peng pada tahun 2003 selepas memenangi pertandingan antarabangsa yang diadakan oleh kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, pasukan rekabentuknya yang terdiri daripada 300 orang dari 13 syarikat di 6 negara yang berbeza. Firma arkitek dari Ireland itu telah bekerjasama dengan BuroHappold Engineering, dan Arup untuk kerja-kerja kejuruteraan, West 8 pula terlibat dalam rekabentuk landskap dan pelan induk (masterplan) untuk seluruh tapak, manakala firma Jerman Atelier Brueckner pula dilantik untuk merekabentuk galeri Tutankhamun, Grand Stairs, Piazza Atrium dan Muzium Kanak-kanak.

Topografi tapak seluas 500,000 meter persegi itu ditentukan oleh perbezaan aras 50 meter yang disebabkan oleh sungai Nil, kerana ia bergerak dari padang pasir ke Mediterranean. Walaupun Piramid terletak di padang pasir, muzium berada di antara lembah dan di dataran tinggi yang menyatukan kedua zon geologi.

Imej Grand Egyptian Museum via Archdaily

Oleh kerana perbezaan ketinggian dataran tinggi gurun, rekabentuk dan peruntukan muzium mewujudkan ‘sisi’ baru untuk topografi, yang ditentukan oleh fasad batu lut besar yang berubah dari siang ke malam. Kerangka rekabentuk pula ditentukan berdasarkan kepada set paksi visual yang memanjang dari tapak cadangan ke arah tiga piramid yang berdekatan. Dan tentang konsep umum rekabentuk muzium itu pula, firma tersebut ingin menterjemahkan topografi unik muzium dan memberi pengunjung pengalaman “berlapis” ketika berjalan melalui struktur tersebut. Oleh itu, setiap pengunjung akan bergerak melalui gelanggang monumental setelah memasuki muzium, diikuti oleh kawasan pintu masuk yang teduh dan tangga besar yang naik ke tingkat dataran tinggi, tempat di mana semua galeri berada. Pada kedudukan dataran tinggi, pengunjung akan dapat melihat piramid dari dalam bangunan muzium.

Imej Grand Egyptian Museum via Archdaily
Imej Grand Egyptian Museum via Archdaily

Pembinaan Grand Museum terbahagi kepada tiga peringkat:

  • Fasa I: Membersihkan dan menjamin tapak projek untuk mempersiapkan pembinaan.
  • Tahap II: Pembinaan stesen bomba, pusat bekalan tenaga dan pusat pemuliharaan selain dari bangunan utama.
  • Fasa III: Penggalian dan menggariskan bersama dengan pembinaan bangunan muzium utama dan landskap.
Imej Grand Egyptian Museum via Archdaily

Disebabkan beberapa kelewatan semasa pembinaan, muzium tersebut telah melebihi anggaran kos asalnya sehingga mencecah lebih daripada USD 1 Bilion. Walaupun pembinaannya pada ketika masa ini telah mencapai 98%, tarikh perasmian masih belum ditentukan oleh kerajaan Mesir. Bagaimanapun, ia dijangka sekitar waktu musim panas tahun 2021.

Sumber dan diolah daripada : Archdaily

Imej-imej berkaitan projek muzium ini:

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *