Cadangan rekabentuk rumah TWIN HOUSE terletak di daerah Pasir Mas, Kelantan. Rekabentuk kediaman ini ialah jenis rumah berkembar atau rumah SEMI-D 2 tingkat yang mempunyai keluasan 1,996 kaki persegi (kps) bagi setiap unit.
Ruang
Kediaman ini mengandungi 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Tingkat atas dikhaskan sebagai zon privasi iaitu untuk ahli keluarga sahaja iaitu bilik tidur dan ruang keluarga.
Tingkat bawah pula mengandungi ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, bilik air dan bilik serba guna.
Kedudukan Ruang
Ruang dapur dan ruang makan disusun selari disebelah yang menghadap bahagian luar. Manakala ruang tamu, tangga dan bilik serba guna disusun selari di bahagian dinding tengah.
Ruang makan mempunyai pintu gelangsar dan juga mempunyai akses untuk ke halaman rumah. Ruang tamu juga mempunyai pintu gelangsar yang bertindak sebagai akses kedua dan bukaan tambahan untuk memberi kesan ruang dalaman yang lebih luas dan terbuka.
Bilik tidur utama di tingkat atas mempunyai ruang anjung sendiri yang menghadap depan sebagai ruang istimewa kepada bilik tidur utama.
Tempat letak kereta boleh memuatkan satu unit kereta.
- TWIN HOUSE
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
- Keluasan: 1,996 kps (per unit)
- Tahun: 2021
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Daerah: Pasir Mas
- Jajahan: Pasir Mas
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini