Sharing is caring!

Imej via dezeen.com

Firma arkitek global, Skidmore, Owings and Merril (SOM) telah melancarkan rekabentuk semula bagi Stesen State / Lake di Pusat Bandar Chicago. Skidmore, Owings and Merrils (SOM) bekerjasama dengan jurutera pembinaan, TranSystems untuk merombak semula stesen laluan train bertingkat di Chicago itu.

Projek itu dijalankan oleh City of Chicago, Chicagi Department of Transportation (CDOT) dan Chicago Transit Authority (CTA). Stesen State / Lake atau nama gelarannya L itu merupakan hentian kedua tersibuk di salah satu rangkaian daripada 6 laluan yang disediakan oleh Chicago Transit Authority (CTA).

Imej via dezeen.com

Perancangan SOM termasuk kanopi kaca beralun dan meleungkung yang besar yang akan menutupi platform dan sambungan fly-over yang baru yang akan dibina di atas jalan raya. Kanopi beralun yang diperbuat daripada salutan kaca itu bertujuan untuk mencegah serangan-serangan burung dari luar dan untuk melindungi para penumpang daripada elemen-elemen lain ketika menaiki dan menuruni train tersebut.

Menurut SOM, rekabentuk kanopi beralun dan melengkung itu akan merujuk kepada ciri-ciri penting senibina di bandar itu, termasuklah dua bangunan pencakar langit yang direka oleh firma itu, John Hancock Center dan Willis Tower.

Imej via dezeen.com

Laluan bertingkat yang menghubungkan jambatan ke aras jalan itu akan memudahkan akses pengguna ke stesen itu. Laluan itu juga akan menghubungkan ke jambatan baru yang diliputi dengan kaca dan keluli beralun dan melengkung yang akan dibina di hujung barat stesen itu.

Imej via dezeen.com

Platform train itu akan dibuat lebih lebar dan laluan juga akan dibesarkan di aras jalan untuk menjadikan stesen itu lebih selamat untuk para penumpang ke laluan pejalan kaki atau laluan bas. Rekabentuk stesen itu juga tidak akan merosakkan pemandangan berdekatan seperti Chicago Theatre dan bangunan-bangunan lain di sepanjang jalan itu.

Imej via dezeen.com

Menurut Scott Duncan, rakan rekabentuk SOM, Stesen State/Lake yang baru itu akan menjadi pintu gerbang untuk warga Chicago dan para pengunjung apabila ke pusat bandar itu. Sebagai salah satu stesen yang paling menyerlah di rangkaian CTA, rekabentuk itu memberi kesan kepada lokasi dan keperluan pengguna jalan raya dengan susunan kanopi kaca, ruangan yang selesa untuk para penumpang dan dapat diakses sepenuhnya oleh pengguna dari semua peringkat mobiliti.

Imej via dezeen.com

Skidmore, Owings and Merril (SOM) ditubuhkan pada tahun 1939, mempunyai pejabat di seluruh dunia. Projek transit yang terkini ini merangkumi Daniel Patrick Moynihan Train Hall di New York dan tambahan dan ubahsuai terminal di Lapangan Terbang Chicago O’Hare.

Sumber: dezeen.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 90