Syarikat China, Board Group telah mendirikan sebuah apartmen modular 10 tingkat dengan hanya lebih saatu hari sahaja di Changsha, China.
Tempoh masa yang didedahkan oleh Board Group itu menunjukkan pembinaan bangunan yang diberi nama Living Building itu mengambil masa 28 jam dan 45 minit oleh sepasukan kerja yang besar dan dibantu dengan 3 buah kren.
Menurut syarikat itu, pembinaan itu merupakan tempoh pembinaan yang terpendek di dunia bagi bangunan berskala seperti itu.
Apartmen itu dipasang dari unit modular berukuran kontena standard yang dibuat di kilang oleh Broad Group dan mempunyai struktur keluli tahan karat. Setiap modul bersaiz 12.19 meter (40 kaki) panjang, 2.44 meter (8 kaki) lebar dan 3 meter (10 kaki) tinggi. Modul berbentuk kontena itu disusun satu dinding pada setiap unit melipat ke bawah untuk menjadi plat lantai seterusnya menjadi ruang tanpa tiang iaitu seluas 12 meter x 4.8 meter. Tingkap da balkoni pula melipat keluar dari unit untuk me dan balkoni melipat keluar dari unit untuk menutup ruang.
Modul itu dibawa ke tapak binaan disiapkan dengan semua kelengkapan untuk elektrik dan kemasan dalaman. Jadi, ketika tiba ditapak binaan, pemasangan dapat dilakukan dengan lebih pantas.
“Pemasangan di tapak binaan tersangat mudah. Hanya mengetatkan skru-skru dan sambungkan air dan elektrik sepantas 10 tingkat boleh dibina dalam 1 hari” kata syarikat itu.
Dalam video tersebut menunjukkan blok apartmen yang siap itu dilengkapi dengan dinding putih dan bingkai tingkap kayu serta lantai. Setiap unit modular dibuat dengan dinding dan lantai dibina daripada keluli tahan karat yang membentuk dua plat keluli tahan karat dipisahkan oleh beratus tiub keluli tahan karat. Menurut syarikat itu, papak B-core itu 10 kai lebih ringan dan 100 kaki lebih kuat berbanding dengan plat antai konvensional.
Syarikat itu juga mendakwa yang kaedah itu boleh juga digunakan untuk bangunan orang ramai atau bangunan pencakar langit sehingga 200 tingkat.
“Ia sangat sesuai untuk kediaman mewah, bangunan pencakar langit 200 tingkat, dan juga idea untuk bangunan orang ramai dan bangunan kediaman.” Katanya.
Broad Group ialah pengeluar unit penyaman udara yang berkembang menjadi pembinaan modular. Pada tahun 2012, Broad Group melancarkan perancangannya untuk membina bangunan pencakar langir 220 tingkat yang boleh menjadi banguan tertinggi di dunia yang dibina daripada komponen modular dalam tempoh 7 bulan.
Bagaimanapun, pembinaan bangunan itu terhenti tidak lama selepas ia bermula atas sebab faktor keselamatan dan kurang sokongan daripada kerajaan. Tapak binaan itu kemudiannya dijadikan ladang ikan.
- Sumber: dezeen.com
- Diterjemah dan diolah: dzcreation