Rekabentuk Percetakan 3D, Sunflower Community Village oleh Valentino Gareri Atelier

Imej via worldarchitecture.org

Valentino Gareri Atelier telah mendedahkan rekabentuknya iaitu sebuah perkampungan dengan kaedah percetakan 3D pembinaan. Perkampungan itu akan memuatkan 19 buah rumah sebagai “a new model of sustainable community village” (model baru komuniti perkampungan lestari) untuk populasi rendah dan kawasan luar bandar.

Dengan nama Sunflower Village, projek ini dimajukan dengan perunding teknologi futurist dan kesejahteraan Steve Lastro dari 6Sides dan ketua hartanah dan teknologi kesejahteraan global, Delos untuk merancang pendekatan yang lebih kemanusiaan dan sosiologi terhadap teknologi kediaman dan kehidupan masyarakat.

Bagi pasukan itu, projek itu muncul sebagai tindak balas kepada jumlah orang yang ingin lari daripada kepadatan tinggi di pusat bandar ke kawasan kecil atau terpencil ketika pandemik. Pandemik juga secara tidak langung telah menggalakkan cara baru untuk bekerja yang mana jumlah yang berkerja dari rumah juga telah meningkat dengan tinggi.

Pemindahan dari kawasan bandar besar ke kawasan bandar kecil menunjukkan keperluan untuk memikirkan semula kelayakan kawasan-kawasan ini dan mentakrifkan semula model baru bandar untuk masa depan pasca-pandemik.

“Pengusiran dari kandang besar ke bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar menonjolkan keperluan memikirkan semula kelayakan kawasan-kawasan ini dan mentakrifkan model baru bandar untuk masa depan pasca pandemik,” kata Valentino Gareri Atelier.

Imej via worldarchitecture.org

Bagi susun aturnya, para arkitek merujuk kepada bunga matahari, pengaturan rumah-rumah kediaman pula mengikut kepada bulatan matahari di mana lot-lot dan rumah-rumah itu disusun berkembang mengelilingi kawasan pusat kumuniti. Bumbung fotovoltaik dibentuk dan dibuat dengan bersudut adalah bertujuan untuk menerima tenaga terus daripada matahari seperti bunga matahari itu juga. Rekabentuk bangunan bagi 19 buah rumah kediaman satu tingkat itu pula akan dibina menggunakan kaedah teknologi percetakan 3D konkrit. Teknik binaan lainnya pula akan digunakan untuk proses akhir atau proses pelengkap.

Imej via worldarchitecture.org

Menurut Valentino Gareri Atelier, “Sejarah memberitahu kita yang bahan-bahan baru dan teknik pembinaan selalu mempengaruhi bentuk-bentuk bangunan. Setiap bentuk senibina yang penting telah dibantu dengan penemuan kaedah pembinaan yang baru.”

“Daripada struktur batu dan kayu kepada penggunaan batu-bata dan sistem gerbang lengkungan atau pengenalan struktur konkrit bertelulang yang memungkinkan untuk membina bangunan yang lebih tinggi dan lebih telus.” tambahnya.

Tapak binaan itu terletak di tengah untuk membolehkan mesin pencetak konkrit itu bergerak sama ada dipanjangkan atau ditarik balik dari tengah. Atas sebab itu, semua rumah yang dicetak dan disusun mengikut urutan berpusing dari pusat kerja-kerja binaan.

Seperti yang diterangkan oleh Valentino Gareri Atelier bahawa proses pembinaan ini lebih mampan berbanding dengan teknik tradisional kerana lebih sedikit tanah digunakan ketika kerja-kerja dilaksanakan.

Imej via worldarchitecture.org

Setiap rumah itu direka untuk jimat tenaga. Bentuk bangunan itu secara langsung mengumpul tenaga dari cahaya matahari melalui fotovoltaik yang melitupi bumbung rumah-rumah tersebut.

Bumbungnya seperti bunga matahari, bersudut untuk ‘mengikuti’ dan menangkap sinaran solar matahari dengan lebih cekap berdasarkan kepada latitud di tapak itu. Tenaga yang dikumpul ke dalam bateri dan digunakan untuk sistem pemanasan lantai, penghawa dingin dan kereta ekektrik.

Imej via worldarchitecture.org

Selain itu, kecenderungan bumbung itu juga dapat mengumpul air hujan dan bagi kegunaan bilik air dan pengairan ke tangki air terletak di ruang servis. Ketinggian bangunan juga dikurangkan untuk meminimumkan penggunaan, menjimatkan bahan dan digunakan untuk lokasi yang bertentangan di mana ketinggian ditingkatkan ke arah pemandangan luar bandar. Geometri rumah itu dihasilkan untuk menggalakkan dan meningkatkan kesan cerobong mengurangkan keperluan kepada tenaga penghawa dingin kepada pengudaraan semulajadi.

Rumah yang mempunyai tenaga yang mandiri, terbenam dan terbuka sepenuhnya ke alam semula jadi, direka sebagai ‘mesin’ lestari di mana bentuk akhir adalah hasil kriteria saintifik yang mempunyai tujuan untuk menjimatkan atau menghasilkan tenaga. Setiap rumah dilengkapi dengan DARWIN Home Wellness Intelligence by Delos, “platform kesihatan dalam rumah holistik pertama di dunia yang dirancang untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia secara pasif melalui pembersihan udara, penapisan air dan pencahayaan yang meniru cahaya siang semula jadi.

Sebab konfigurasi bandar bulat itu juga adalah untuk menyediakan banyak kaedah yang lebih mampan untuk menghubungkan kediaman dengan mengurangkan jumlah jalan yang diperlukan dan kebergantungan kepada kenderaan. Gabungan banyak perkampungan membentuk konfigurasi pusat bandar baru dan model baru bandar masa hadapan dengan imej rasa kemasyarakatan yang kuat.

Bandar masa hadapan perlu dilihat sebagai Garden City 2.0 yang baru yang menggalakkan kembali kepada alam semulajadi, melimitkan keperluan kereta dan kemudahan untuk hidup bersama. Gabungan daripada beberapa ‘Bunga Matahari’ boleh mencipta bandar kecil di mana di tengah-tengah untuk setiap lingakaran boleg ditempatkan sebagai kawasan umum seperti sekolah, tadika dan aktiviti kemasyarakatan.

“Senibina mempunyai kuasa untuk mencipta tempat yang tidak wujud lagi, tetapi dalam impian kita. ‘Sunflower’ merupakan model bandar yang kita idamkan untuk hari esok.” kata Valentino Gareri

Sumber: worldarchitecture.org

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *