Ruang Baru Untuk Pembelajaran di Ghana

Senibina di Ghana telah lama menggunakan bahan-bahan binaan tempatan. Daripada bumbung jerami and dinding tanah liat kepada konkrit dan struktur kaca kontemporari, suasana pembinaan di negara itu adalah pelengkap kepada konteks persekitarannya.

Ini berlaku kepada projek bandar dan luar bandar di negara itu. Sebagai bangunan pendidikan yang baru diwujudkan di seluruh Ghana, ruang-ruang ini mencerminkan landskap negara itu sebagai mana mereka melihat kepada masa depan yang penting terhadap pembelajaran.

Foto oleh Andrea Tabocchini via Archdaily

Berada disepanjang Teluk Guinea dan Laut Atantik di Barat Afrika, Ghana sebuah negara yang bersempadan dengan negara Ivory Coast, Burkina Faso dan Togo. Hanya beberapa darjah sahaja di utara khatulistiwa, geografi negara itu menggabungkan iklim panas, padang rumput, pantai dan hutan. Bekalan-bekalan binaan bangunan juga adalah berbeza mengikut lokasi seperti industri bahan-bahan dan kayu adalah daripada wilayah selatan Ghana. Penjajahan yang berlaku juga telah mempercepatkan proses pembangunan fizikal di negara itu. Kemudian, British memutuskan untuk mengembangkan pusat pendidikan seperti sekolah dan kolej selepas mengambil alih pada lewat kurun ke 19. Kolej dan sekolah menengah yang baru telah dibina manakala struktur bangunan sedia ada dibaiki dan diubahsuai.

Ketika ini, persekitaran pembelajaran baru di Ghana telah menjadi satu keperluan dan menjadi budaya di negara itu. Projek pendidikan berikutnya telah dibina sejak tiga tahun yang lepas yang mana ia mempamerkan pelbagai pendekatan dasar, teknik bangunan vernakular dan keadaan tapak lokasi. Semenjak kemerdekaan yang berlaku selepas tahun 1957, banyak kerja-kerja terkini dibina diiringi dengan peningkatan mendadak sektor pembinaan ketika ekonomi masyarakat Ghana terus berkembang. Projek-projek berikutnya turut menggambarkan bagaimana sekolah-sekolah luar bandar dan perpustakaan direkabentuk di luar bandar-bandar besar Ghana seperti Accra dan Kumasi.

Framed Escape Library by eskaapi

Framed Escape Library by eskaapi. Foto oleh Maude Cannat, Rachel Méau, Steve Santos via Archdaily

Sebuah sekolah baru telah dibina di pintu masuk Kampung Abetenim di wilayah Ashanti Ghana. Perpustakaan itu dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti tanah liat dan kayu. Ia telah direkabentuk oleh Arkitek Perancis, Maude Cannat dan Rachel Méau yang merupakan pemenang Earth Architecture Competiton 2016. Ia tebal, kepingan dinding campuran tanah liat dibina tinggi, tingkap yang agak sempit, dibuat untuk mengurangkan pendedahan ruang dalam perpustakaan kepada luar. Bahagian dalamnya terdapat dua ruang yang menghubungkan persekitaran landskap dan ruang untuk kegunaan kanak-kanak sekolah.

MUDcafeteria oleh Anna Schweiger + Jaap Willemsen

MUDcafeteria Foto oleh Anna Schweiger via Archdaily

MUDcafeteria pula ialah pusat bagi sekolah vokasional di utara Ghana. Ia dibina pada musim panas tahun 2017 oleh pelajar-pelajar TU Vienna bersama-sama dengan komuniti penduduk tempatan. Pembinaan itu siap selepas 12 minggu dengan kos €20,000 (RM99,250). Pembinaan kafetetia itu sangat penting bukan sahaja sebagai tempat makan dan minum tetapi juga sebagai tempat untuk bersosial. Jika perlu, kafeteria itu boleh digunakan oleh penduduk tempatan untuk mengadakan majlis kecil-kecilan.

Kalì Pavilion oleh Irene Librando dan Nadia Peruggi

Kalì Pavilion. Foto oleh Irene Librando dan Nadia Peruggi via Archdaily

Kalì merupakan projek pembinaan kelas sekolah menengah di kampung Okorase. Seramai 20 orang sukarelawan dari pelbagai negara bekerja selama 3 bulan bersama-sama penduduk tempatan untuk membina projek tersebut. Ia dibina daripada bahan-bahan tempatan juga seperti tanah dan kayu. Bangunan itu direkabentuk oleh Irene Librando dan Nadia Peruggi. Projek itu telah memenangi pertandingan reka-bina “Reinventing the African Mud House” oleh Nka Foundation dan telah direalisasikan antara September dan Disember pada tahun 2018 dengan kos sekitar €9000 (RM44,600).

School in Ghana oleh Alberto Figueroa

Foto oleh Alberto Figueroa via Archdaily

Matlamat pembinaan projek ini ialah untuk membina bangunan dengan menggunaan bahan dan teknik pembinaan tempatan. Projek ini juga menggunakan tenaga kerja tempatan sebagai sebahagian daripada projek dan usaha membantu ekonomi penduduk tempatan secara keseluruhannya. Projek itu juga menggunakan sukarelawan dari pelbagai negara untuk memberi pengalaman dalam sistem pembinaan lestari seperti bahan campuran tanah liat. Projek ini dilaksanakan supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tapak itu dan membina hubungan dengan budaya penduduk tempatan. Bangunan itu mengandungi bilik darjah dan ruang lobi yang menyediakan ruang penyimpanan dan ruang bacaan untuk para pelajar.

InsideOut School / Andrea Tabocchini & Francesca Vittorini

InsideOut School. Foto by Andrea Tabocchini via Archdaily

InsideOut ialah sekolah prototaip yang dibina di Yeboahkrom, salah satu perkampungan yang terletak di Ghana. Projek ini direkabentuk oleh Andrea Tabocchini & Francesca Vittorini yang telah dibina dalam masa 60 hari dengan kos sekitar €12,000 (RM60,000). Ia dibina bersama-sama penduduk tempatan dan sukarelawan dari 20 negara berbeza. Oleh kerana ketiadaan sumber tenaga elektrik, ia telah dibina dengan menggunakan tangan, kerja-kerja kraf di tapak pembinaan dan dua alat pengetam kayu.

Sumber: Archdaily

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *