Sharing is caring!

Diterjemah oleh : Azizi MY

3XN Architects dan arkitek landskap, SLA Architects telah menyiapkan pusat penyelidikan iklim Pelabuhan Denmark di Lemvig. Bangunan itu dibentuk dengan gelombang kayu besar sebagai tempat komuniti, tempat duduk dan tempat beristirehat.

Dinamakan Klimatorium Climate Center, bangunan dengan keluasan 1,600 meter persegi itu diilhamkan oleh kemudahan pembuatan bot bersejarah Lemvig dan komuniti yang kuat di pelabuhan tersebut.

Imej via worldarchitecture.org

Klimatorium yang baru itu direkabentuk untuk tujuan penyelidikan terhadap ribut petir, air dan iklim. Selain kemudahan awam dan ruang rekreasi luaran, bangunan itu juga menawarkan peluang inovatif untuk mengalami, rasa dan menggunakan persekitaran semula jadi yang unik Lemvig dan Limfjord.

Matlamat pasukan itu ialah untuk merekabentuk Klimatorium yang kuat dan menarik yang praktikal dan diingati dengan bahasa senibina. Bahan-bahan seperti kayu, konkrit dan keluli telah digunakan dalam projek itu.

Imej via worldarchitecture.org

Gelombang kayu besar pada façade atau pada bahagian depannya akan menjadi simbol kepada bangunan itu, yang menaik di atas pintu masuk utama. Sekaligus ia menjadikan bangunan itu sebagai mercu tanda yang mudah dikenali.

“Motif ini diinspirasikan oleh karakter bot-bot nelayan dan penghormatan kepada sejarah budaya kawasan itu dan adat bangunan tempatan.” kata 3XN.

“Kunci bagi unsur rekabentuk itu adalah untuk mencipta bangunan yang menarik dengan rujukan yang jelas kepada fungsi bangunan itu sebagai mana lokasinya di Pelabuhan Lemvig,” kata Jan Ammundsen, arkitek dan rakan kongsi senior di 3XN.

Imej via worldarchitecture.org

“Gelombang jubin yang diperbuat daripada kayu menunjukkan identiti yang kuat kepada bangunan itu. Sama ada di dalam atau di luar, ia menjadi tempat berkumpul dan tempat bersosial untuk pekerja dan tetamu Klimatorium khususnya penduduk Lemvig.” Tambah Ammundsen.

Strukutur tergantung dan penggunaan kaca menjadikan bangunan Klimatorium itu tampak lebih kontemporari. Bangunan itu juga mengandungi 2 tingkat dan sederhana sesuai dengan skala dan bangunan-bangunan sedia ada yang terdapat di kawasan pelabuhan tersebut.

Imej via worldarchitecture.org

Untuk kelihatan ringkas dan rastik, aras satu dikelilingi dengan susunan bilah kayu yang diwarnakan hitam dan ia juga bertindak untuk melindungi bahagian dalaman bangunan daripada menerima cahaya matahari secara terus.

Di dalamnya, Klimatorium menyediakan ruang pejabat, bilik mesyuarat, ruang umum, kafe untuk orang ramai dan ruang pameran yang memfokuskan kepada aktiviti sosial dengan menggalakkan pengunjung bangunan untuk berhubung melalui pelbagai jenis interaksi, perjumaa dan jalinan kerjasama.

Imej via worldarchitecture.org

Sentuhan visual, rangka kerja yang fleksibel, tempat pertemuan yang menarik, kepelbagaian fungsi dan rekabentuknya yang berasaskan aktiviti, semuanya menyumbang kepada mengukuhkan hubungan sosial dalam satu bangunan dalam masa yang sama menggalakkan aktiviti kemasyarakatan dan inovasi. Kumpulan yang terlibat itu juga turut membina koridor iklim dan penghadang untuk melindungi bangunan daripada banjir.

“Klimatorium menumpukan kepada pembangunan Pelabuhan Lemvig daripada pelabuhan komersial kepada salah satu pelabuhan Denmark yang penuh dengan daya tarikan. Manakala kerja tambahan untuk mengawal banjir di pelabuhan itu akhirnya siap sepenuhnya,” kata pasukan itu.

SLA Architects turut merekabentuk projek landskap dan alam semula jadi dengan menerapkan Green Climate Corridor. Climate Corridor merupakan sebahagian daripada ‘expo landscape’ untuk pengunjung Klimatorium dan sebahagiannya ruang bandar hijau orang awam dengan iklim mikro yang menyenangkan dan kepelbagaian aktiviti luar kehidupan bandar untuk orang ramai.

Sumber: worldarchitecture.org

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
July 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 85