Fort Lauderdale telah mengundi untuk menerima cadangan firma terowong milik Elon Musk, Boring Company untuk membina laluan bawah tanah yang menghubungkan sebahagian Bandar Florida ke pinggir pantai. Datuk Bandar Fort Lauderdale, Dean J Trantalis membuat ciapan di Twitter pada 7 Julai 2021 yang mana pihaknya secara rasmi telah menerima cadangan daripada syarikat itu untuk melaksanakan projek infrastruktur tersebut.
“Firma lain mempunyai 45 hari lagi untuk mengemukakan cadangan mereka,” tambah Trantalis. “Ini boleh menjadi cara yang benar-benar inovatif untuk mengurangkan kesesakan trafik.”
Dipanggil sebagai the Las Ollas Loop, terowong itu akan membolehkan kenderaan melalui laluan bawah tanah untuk ke pantai berbanding menggunakan jalan biasa.
“Fort lauderdale dan Boring Company memulakan hubungan awal tahun ini untuk membincangkan laluan alternatif bawah tanah terhadap pembinaan jambatan rel komuter bertingkat di New River.” Dalam satu kenyataan City of Fort Lauderdale.
Fort Lauderdale merupakan sebuah bandar persisir pantai sejauh 40 kilometer ke utara pantai Florida dari Miami. Populasinya 1.8 juta dan terkenal sebagai destinasi pelancongan.
“Laluan transit bawah tanah itu akan menyediakan laluan yang lebih cepat dan lebih cekap di antara pusat bandar dan pantai dengan dalam masa yang sama mengurangkan kesesakan trafik di laluan biasa.” Tambah City of Fort Lauderdale.
Pada tahun 2016, Elon Musk menubuhkan syarikatnya, Boring Company dalam tindak balasnya terhadap kekecewaannya dengan kesesakan lalu lintas di Los Angeles. Dia membayangkan sistem terowong itu akan membolehkan orang ramai berjalan dengan kereta tanpa penumpang pada kelajuan tinggi yang dipasangkan pada rel tersebut.
Bagaimana pun, rekabentuknya dikembangkan semasa ujian dan kini ia dimelibatkan laluan terowong yang diluaskan untuk menampung sebuah Tesla – sebuah kereta elktronik yang dimajukan oleh salah satu syarikat Elon Musk.
Pada tahun 2018, Elon Musk mendedahkan terowong ujian pertama di daerah Los Angeles. Bermula dari kawasan roket syarikat SpaceX dan berkembang sejauh 1.8 kilometer di Hawthorne. Laluan terowong ujian kedua pula telah dibina di bawah Las Vegas Convention Centre (LVCC).
Laluan LVCC yang dibuka pada bulan lalu, beroperasi sejauh 2.7 kilometer atau 1.7 batu dan mempunyai 3 stesen. Boring Company mendakwa ia mengurangkan masa berjalan 45 minit kepada 2 minit melalui jalan nawah tanah itu.
“Sistem Vegas mengandungi 2 laluan terowong satu arah yang mana para penumpang dibawa ke Tesla antara 3 stesen.” kata City of Fort Lauderdale.
“Tidak seperti sistem kereta api bawah tanah, bilangan kenderaan boleh berbeza berdasarkan permintaan dan para penumpang boleh terus ke destinasi tanpa berhenti di beberapa hentian di antaranya.
Elon Musk telah menerima kritikan sebelumnya kerana cuba untuk membangunkan sistem privasi yang akan menyekat kelebihan pengangkutan awam seperti bas, dan keretapi bawah tanah yang mana membolehkan orang ramai untuk melakukan perjalanan secara beramai-ramai untuk mengurangkan kesesakan trafik dan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.
Las Ollas Loop juga menunjukkan kebimbangan terhadap risiko banjir dan lubang tanah memandangkan Fort Lauderdale hanya 2.7 meter sahaja di atas permukaan laut, masalah geologi batu kapur yang dilitupi tanah berpasir. Pantai itu juga terdedah kepada taufan dan ribut petir.
Elon Musk terkenal dengan sikapnya yang jika dia mahukan sesuatu, dia akan terus melakukannya.
Sumber: dezeen.com