Selepas ditangguhkan setahun akibat pandemik coronavirus, akhirnya Expo 2020 Dubai akan melangsungkan pembukaannya pada 1 Oktober 2021. Untuk program yang akan berlangsung tidak lama lagi itu, Expo 2020 Dubai itu akan melibatkan 191 pavilion dari pelbagai negara termasuk perniagaan dan institusi pendidikan.
Bangunan seperti Al Wasl Plaza yang berbentuk kisi-kisi sfera telah direka oleh Adrian Smith + Gordon Gill Architecture diletakkan di tengah-tengah persimpangan antara 3 tapak expo itu dan tidak jauh darinya pula ialah bangunan Dubai Exhibition Centre.
Kawasan pejalan kaki pula dihias dengan struktur seperti pokok diletakan di sekitar kawasan tapak expo itu. Manakala pintu masuk Asif Khan pula sebagai ruangan menyambut tetamu.
Bangunan ikonik bagi Expo 2020 Dubai itu ialah Sustainability Pavilion yang direkabentuk oleh Grimshaw Architect menampilkan ribuan panel fotovoltaik telah digunakan pada bumbungnya. Pavilion yang diberi nama Terra itu telah dibuka kepada umum antara bulan Januari dan bulan April sebagai acara perdana. Bangunan itu akan dijadikan sebagai muzium selepas expo itu tamat.
Expo 2020 Dubai ini adalah acara global yang pertama sekali dianjurkan di negara Timur Tengah. Pelan induk (masterplan) bagi expo itu pula dibuat oleh firma arkitek HOK yang menampilkan 3 tapak bertema dengan setiap tapak itu mempunyai pavilion masing-masing.
Tema bagi acara besar itu ialah “Connecting Minds, Creating the Future” (Menghubungkan Minda, Mencipta Masa Depan) berlangsung antara 1 Oktober 2021 hingga 31 March 2022. Expo 2020 Dubai itu disertai dari pelbagai negara dengan pavilion bagi negara masing-masing.
Sumber: Archdaily / Expo2020Dubai