Rekabentuk Rumah Banglo 1 Tingkat / Pasir Mas – 292 HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

IMEJ OLEH DZ Creation Studio

Cadangan rekabentuk rumah 292 House ini terletak di salah satu mukim Daerah Pasir Mas. Rumah ini terbahagi kepada 3 zon iaitu zon privasi, zon semi privasi dan zon awam.

Zon privasi merujuk kepada bilik tidur, bilik air dan ruang keluarga. Zon separa privasi ialah ruang makan dan ruang tamu ialah zon awam.

IMEJ OLEH DZ Creation Studio

Kedudukan Ruang/Zon

Dari segi kedudukan. Zon privasi berada di sebelah kiri dan belakang. Zon semi privasi berada di sebelah kanan. Manakala zon awam berada di tengah.

Rumah kediaman ini mengandungi 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Bilik 2, 3 dan 4 berkongsi bilik air. Satu lagi bilik air berada bersebelahan dengan ruang keluarga. Ia disediakan bukan sahaja untuk ahli keluarga, tetapi juga untuk tetamu, jika perlu.

IMEJ OLEH DZ Creation Studio

Bukaan

Bukaan sangat penting kepada setiap bangunan. Semakin banyak bukaan maka, semakin baiklah sistem pencahayaan dan pengudaraan bangunan itu.

Bukaan yang digunakan pada rumah ini bukan sahaja besar tetapi juga jenis labuh. Ruang makan mempunyai pintu gelangsar sendiri yang mana boleh digunakan untuk keluar masuk ke halaman rumah. Di bahagian depan ruang makan pula mempunyai bukaan besar untuk membenarkan pencahayaan yang banyak.

Bilik tidur 2, 3 dan 4 serta ruang keluarga menggunakan bukaan tingkap saiz biasa untuk lebih privasi.

Perubahan Rekabentuk Bumbung

Pada asalnya, terdapat bumbung kecil di atas bumbung ruang tamu (tengah). Bagaimana pun, bumbung kecil itu dibuang dari rekabentuk ini supaya nampak lebih ringkas. Rujuk imej di bawah.

IMEJ OLEH DZ Creation Studio
  • 292 HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
  • Keluasan: 1,550 kps
  • Tahun: 2021
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Lokasi cadangan: Pasir Mas
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *