Sharing is caring!

Dinding skrin yang diperbuat daripada jaringan besi telah membaluti sisi sebuah rumah di Tokyo, Jepun. Rumah dengan nama Weather House itu telah direka oleh Not Architects Studio di daerah Shinagawa, Tokyo.

Ia terletak di antara taman besar di hadapannya dan taman kecil bersebelahannya yang mana ia disambung dengan laluan pejalan kaki yang berhampiran dengan tapak itu.

Imej Rumah Dengan Dinding Jaring Besi via dezeen.com

Untuk mewujudkan hubungan dengan kejiranan, Not Architect Studio menggantikan dinding luaran dengan jaringan besi dan menyambung terus kaki lima kepada bangunan.

“Laluan ini menghubungkan rumah itu dengan persekitarannya.” Kata Arkitek Lisa Ono. “Dan membuatkannya kelihatan samar-samar sejauh mana bandar itu dan sejauh mana rumah itu.”

Imej Luaran (Tangga) via dezeen.com

Aras bangunan tiga tingkat itu dihubungkan oleh tangga luaran dengan kelebaran dan kecerunan yang berbeza. Tangga yang mengelilingi rumah itu dibuat secara terbuka, dan menghubungkan ruang-ruang tamu yang berada di setiap tingkat.

“Laluan itu menyambung setiap ruang menjadi laluan yang besar atau kecil bergantung kepada keadaan cuaca dan musim.” Tambah Ono.

“Adakalanya, ia menjadi bukit di mana anda boleh duduk dan melihat pemandangan, dan adakalanya juga ia menjadi tapak dataran di mana semua orang boleh berkumpul bersama. Kegunaannya adalah berterusan mengikut kepada perubahan persekitarannya.”

Teres dan balkoni ditutup dengan jaringan pagar dawai untuk mengelakkan bangunan rumah itu daripada terus terputus hubungan dengan kawasan persekitarannya.

Pokok-pokok yang memanjat pada jaringan pagar itu akan membentuk lapisan pokok, sesuai dengan keadaan kehijauan taman-taman yang berdekatan.

Imej Ruangan Dalam via dezeen.com

Dua dinding yang diletakkan jauh dari jalan adalah diperbuat daripada konkrit bertetulang sebagai pelindung ruang privasi. Tangga dalaman terletak pula berada dekat dengan dinding belakang yang akan menghubungkan bilik-bilik termasuk bilik tidur di aras bawah. Ruang dapur dan ruang makan berada di aras satu.

Imej Bilik Air via dezeen.com

Ruang tamu utama adalah terbuka dan dipisahkan dengan pintu gelangsar kaca membuka ke pelbagai ruang teres. Bilik air pula diletakkan di sepanjang dinding konkrit di aras dua bersambung dengan teres terlindung yang menghadap jalan.

Sumber: dezeen.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
August 2021
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 1
  • 83