Sharing is caring!

Seorang jurureka grafik, Kashiwa Sato telah membina sebuah tandas awam yang berbalut dengan louvres aluminium berwarna putih berdekatan dengan stesen Ebisu di pusat bandar Tokyo, Jepun. Dibina sebagai projek tambahan baru kepada Tandas Tokyo, akan memperlihatkan 17 kemudahann yang direka oleh arkitek dan jurureka terkemuka di bandar itu, manakala blok yang dibina oleh Sato itu berada di luar kesibukan stesen.

Imej via dezeen.com

Sato yang menjalankan agensi Samurai Inc dan perancang strategy untuk Uniqlo, telah mencetuskan idea untuk mencipta kemudahan yang cerah dan nampak bersih dengan membalut blok tandas itu dengan kepingan aluminium putih atau louvres putih.

Imej via dezeen.com

“Memandangkan tandas diletakkan bersebelahan kotak polis stesen Ebisu, simbol kejiranan yang dilihat oleh orang ramai setiap hari, kami fikir ia tidak sepatutnya terlalu menonjol.” Jelas Sato. “Louvres aluminium itu memberikan kesan yang cerah dan terang dan kami mencuba untuk mencipta penampilan yang dapat disesuaikan secara semulajadi dengan landskap bandar.” tambahnya.

Imej via dezeen.com

Louvres dipisahkan dengan jarak dua sentimeter untuk membuat dinding telap yang mempunyai ruang terbuka di bawahnya. Dinding pula menutup koridor dalam bentuk U di sekitar blok segi empat dengan pintu masuk berada di setiap hujungnya. Di dalam blok itu mengandungi lima bilik air yang tidak diasingkan mengikut jantina.

Imej via dezeen.com

“Kemudahan itu sepatutnya mudah untuk masuk, mudah untuk guna dan mempunyai penampilan yang bersih yang menginspirasikan orang yang lalu di situ berasa sedikit cerah dan menyegarkan.” Sambung Kashiwa Sato. “

Sumber: dezeen.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
August 2021
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 88