Sharing is caring!

Arab Saudi telah mengumumkan untuk menjadikan pelantar minyak kepada taman rekreasi dan hiburan sebesar 150,000 kaki persegi yang terletak di Teluk Arab. Dengan nama “The Rig”, projek yang dijangka akan menjadi destinasi pelancongan pertama dunia yang di bina di atas pelantar minyak di tengah lautan itu mengandungi 3 hotel, 11 restoren bertaraf dunia, roller coaster, aktiviti dan sukan lasak seperti bungee dan skydiving. Kesemuanya boleh diakses melalui feri, kapal layar, kapal pelayaran dan helikopter.

Selaras dengan objektif Saudi Vision 2030, Arab Saudi bakal menyediakan peluang pembangunan ekonomi di samping mematuhi piawaian alam sekitar global untuk mengekalkan amalan yang mampan bertepatan dengan strategi Public Investment Fund’s 2021-2025.

Pihak Arab Saudi belum mengumumkan tarikh perasmian The Rig, akan tetapi ia dijangka akan berlaku dalam masa terdekat kerana negara itu meletakkan dirinya sebagai tarikan pelancongan global bersama-sama dengan Negara Teluk Arab yang berjiran. Ia diharapkan dapat menerima kunjungan sekitar 100 juta pelancong setiap tahun untuk tempoh sedekad.

Imej via archdaily

Pada awal tahun ini, Arkitek Foster + Partners telah mengumumkan rekabentuk hotel 12 di pulau Ummahat AlShaykh di Arab Saudi. Dimajukan oleh The Red Sea Development Company (TRSDC), projek itu merupakan salah satu daripada dua hotel di pulau tersebut. Yang pertama telah direka oleh Kengo Kuma. Hotel itu direka sebagai satu siri kabin kayu. Perbezaan komponen projek itu akan disusun dengan laluan yang membulat yang mana sebagahian bilik akan berada di atas tiang.

Firma Arkitek itu juga memaparkan gambar-gambar hotel di Arab Saudi yang terletak di dalam kawasan pasir. Digelar Southern Dunes, projek itu merupakan projek pembangunan pelancongan Laut Merah dan akan merangkumi 40 penginapan yang dibina denga kayu dan disusun untuk memanfaatkan pemandangan sekeliling.

Imej via archdaily

Sumber & diolah daripada : Archdaily.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 1
  • 79