Sharing is caring!

Firma Arkitek Zaha Hadid Architects telah mendedahkan projek cadangan pembangunan bercampur yang di Budapest, Hungary yang dimenanginya yang mengandungi perumahan, pejabat dan kedai-kedai yang menggabungkan ruang awam dan ruang landskap. Pusat Bandar Zugló mewujudkan rangkaian dataran awam dan taman bandar yang mewujudkan semula ekosistem semula jadi Rákos Creek dan menghubungkan pembangunan baru dengan taman-taman dan jalan disekitarnya.

Imej via Archdaily

Projek itu menggabungkan beberapa siri penyesuaian iklim dan ciri-ciri yang mampan seperti penebat bumbung hijau dan sistem pengumpulan air hujan. Komposisi isipadu dan kawasan hijau yang luas juga berfungsi untuk tujuan yang berkaitan dengan iklim dan mengurangkan suhu musim panas sehingga 6 darjah berbanding suhu purata di pusat bandar Budapest. Reka bentuk ini juga mempunyai loji berpusat, yang akan membantu mengurangkan penggunaan tenaga.

“Projek itu akan mewujudkan salah satu kawasan kejiranan yang hijau dan mampan di bahagian bandar yang terjejas. Pusat bandar yang baru itu, secara organiknya dihubungkan dengan kawasan sekita dan Rákos Creek akan turut menawarkan perumahan, pejabatm komersial dan kawasan riadah membentuk keseluruhan yang harmoni dengan kawasan hijau yang besar dan mewujudkan ruang komuniti. Kompleks pembangunan itu juga akan menitikberatkan kepada senibina, budaya dan sejarah kecantikan bandar Budapest itu dengan membuka jalan penyelesaian masa hadapan yang canggih” – Gianluca Racana, Pengarah Zaha Hadid Architects.

Imej via Archdaily

Kawasan hijau merujuk di tengah kawasan pembangunan dan apabila siap ia akan menjadi taman bandar yang baru, ketiga terbesar di daerah itu. 900 pokok baru, plaza bandar, taman-taman dan kolam yang membenarkan penduduk mewujudkan hubungan baru dengan alam semula jadi. Projek itu juga mempunyai kawasan pejalan kaki yang luas dan laluan berbasikal untuk menggalakkan mobiliti-mikro. Bersama-sama dengan pembangunan itu, rangkaian jalan juga akan ditambahbaik dengan menambah kawasan landskap yang baru. Pembinaan yang akan dijalankan secara berperingkat itu akan dimulakan pada awal tahun haapan dan dijadualkan siap pada tahun 2029.

Sumber diterjemah dan diolah daripada: Archdaily.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 84