Sharing is caring!

Kerajaan UK telah mengumumkan yang kelulusan cadangan Menara Tulip tidak akan tidak akan diberikan kepada Foster +Partners’. Surat keputusan yang telah diterbitkan bagi pihak setiausaha perumahan UK dengan kebimbangan terhadap karbon yang terkandung dalam projek tersebut dan kemungkinan memberi kesan negatif terhadap warisan senibina di sekitarnya. Mula didedahkan pada tahun 2018, menara dengan ketinggian 305 meter itu akan menjadi bangunan tertinggi di daerah kewangan London.

Imej via Archdaily

Pada mulanya projek itu diluluskan oleh City of London, ia bagaimanapun telah ditolak oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan pada tahun 2019 dengan alasan kekurangan ruang pejabat dan ruang kediaman yang akan memberikan sedikit manfaat kepada bandar itu dan memberi kesan negatif kepada ruang udara Kota London. Keputusan kerajaan itu dibuat selepas permohonan oleh pemaju dan ia menandakan penamatan secara rasmi terhadap projek itu.

Laporan penyelia projek pembangunan itu menyebut bahawa “tujuan, bentuk, bahan-bahan dan lokasi yang dipilih untuk projek itu akan menyebabkan kemudaratan yang besar kepada Menara Kota London dan kemudaratan kepada aset warisan yang lain”, melebihi nilai yang boleh disediakan sebagai tarikan pelancongan dan kemudahan pendidikan. Pada masa yang sama, laporan itu turut menegaskan pembentukan tenaga tahap tinggi dengan menyatakan “an unsustainable life-cycle (kitaran hayat yang tidak mampan)”.

Imej via Archdaily

Sumber diterjemah dan diolah daripada: Archdaily.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 82