Sharing is caring!

White Arkitekter telah membina bangunan pejabat bingkai kayu di Gothenburg yang menyerupai bangunan ziggurat yang terbalik. Sebagai sebuah bangunan pertama di Bandar Sweden itu, bangunan yang direkabentuk oleh White Arkitekter ini dibina dengan tujuan untuk menunjukkan tentang kemungkinan struktur bangunan daripada kayu.

Struktur terbalik itu menyatukan siri bahagian melunjur yang membenarkan saiz plat lantai meningkat secara berperingkat dari bawah hingga ke atas blok bangunan 5 tingkat itu.

Struktur Kayu Yang Boleh DiLihat di Dalam dan Di Luar – Imej Via Dezeen.com

“Ia pasti memerlukan keberanian untuk melaksanakan projek seperti Nodi”. Kata Joakim Hansson, Arkitek utama bagi projek itu. “Terima kasih atas kerjasama yang erat, bercita-cita tinggi dan terbuka antara semua yang terlibat, kita telan berjaya membangunankan projek perintis iaitu Gothenburg dan juga bangunan pejabat kayu yang pertama di Sweden.” Kata Hansson.

Elemennya yang paling jelas ialah struktur kayunya, yang boleh dilihat di dalam dan di luar. Ia merupakan binaan tiang-rasuk kayu glue-laminated atau juga dikenali dengan nama glulam yang mana telah diperbuat oleh Syarikat Sweden Moelvel menggunakan pokok cemara yang ditanam di tengah Sweden dan Norway.

Imej via Dezeen.com

Disebabkan oleh kedalaman struktur ini. kayu itu mencipta sudut tempat duduk di dalam façade. “Kami mahu menonjolkan sebanyak mungkin bingkai kayu, untuk menunjukkan estetika kayu yang ringkas tetapi ekspresif”. Tambah Hansson.

Foto ruang dalaman bangunan – Imej via Dezeen.com

Beliau turut mengatakan yang ukurannya selalunya adalah lebih besar daripada struktur keluli, lantai pula selalunya menjadi tebal dan tiang pula lebih besar. Kesan kekal pada bangunan pejabat itu ialah kehangatan yang ditambah oleh kayu itu.

Foto Ruang Dalaman – Imej via Dezeen.com

Dimajukan oleh Syarikat Hartanah, Next Sep Group, Nodi mengandungi 4 tingkat pejabat, disusun di atas ruangan kedai di aras bawah. Susun atur pejabat pula sangat rasional dengan 4 unit penjuru pada setiap tingkat, disusun mengelilingi kawasan tengah yang mengandungi bilik mesyuarat, dapur, tandas, tangga dan lift.

Susunan ini menawarkan banyak fleksibiliti; penyewa dengan mudah boleh mengambil 2 atau lebih unit bersebelahan dan menyambungkannya. 2 unit tambahan lagi terletak di tingkat atas bersama-sama dengan teres bumbung yang boleh dikongsi oleh semua penyewa.

Foto ruangan di tingkat atas bumbung – Imej via Dezeen.com

White Arkitekter telah menjadi perintis senibina kayu, telah berjanji untuk membuat semua bangunannya neutral karbon menjelang tahun 2030. Studio itu, yang mempunyai pejabat di seluruh Sweden, termasuk di UK, Denmark dan Norway juga baru-baru ini telah menyiapkan bangunan menara kayu tertinggi di dunia dan hotel sifar tenaga pertama di Scandinavia.

Mereka juga berharap, dengan projek Nodi ini dapat menunjukkan akan kemungkinan untuk mewujudkan bangunan kayu kontemporari yang memenuhi peraturan atau kehendak bangunan dan menawarkan persekitaran yang lebih sihat dan lebih selesa.

Foto luaran – Imej via Dezeen.com

“Ia adalah penting bahawa terdapat pasaran untuk projek jenis ini dan penyewa yakin ia mewujudkan tempat kerja yang menarik”. Hansson menambah.

Menurutnya lagi, industri ini adalah sukar dan cenderung untuk memilih jalan yang mudah. Jadi, untuk berjaya, ia adalah penting untuk seluruh pasukan mempunyai kesepakatan dan kepercayaan untuk berjaya.

Sumber diterjemah dan diolah daripada : dezeen.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 85