- Tanamera House
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO
- Keluasan : 2550 kps
- Tahun : 2021
- Lokasi : Tanah Merah
- Negeri : Kelantan
Saiz & Ruang
Rumah ini dinamakan Tanamera kerana cadangan untuk rumah kediaman ini terletak di daerah Tanah Merah, Kelantan. Rumah dengan saiz 2550 kaki persegi ini mengandungi 5 bilik tidur termasuk bilik tidur utama dan 3 bilik air. Ruang tamu berada di hadapan bersama-sama dengan bilik tidur utama.
Seperti kebanyakan rumah kediaman, ruang teres atau ruang anjung disediakan di bahagian hadapan sebagai ruang alu-aluan. Ruang keluarga berada di sebelah kanan dan menghadap luaran. Begitu juga dengan ruang makan yang berada di sebelah kiri, juga menghadap laman rumah sambil menikmati juadah.
Ruang dapur diletakkan di bahagian belakang rumah, sebaris dengan bilik setor, bilik air 2 dan bilik tidur 4 secara mendatar.
Tunjuk Langit
Pemilik cadangan rumah ini cenderung ke arah gaya tradisional tetapi bersesuaian dengan keadaan semasa. Oleh itu, kerawang dan tunjuk langit dicadangkan pada fasad bangunan sebagai hiasan tambahan untuk menampakkan ciri-ciri tradisional tetapi tidak terlalu ketara.
Privasi
Pemilik kepada cadangan rumah kediaman ini menginginkan rekabentuk yang mengutamakan ruang privasi. Oleh yang demikian, setiap akses dan bukaan ke bilik-bilik tidur dilindungi dengan dinding setiap ruang yang lain. Contohnya, bilik tidur utama,bilik tidur 2 dan bilik tidur 5 dilindungi oleh dinding ruang tamu. Manakala, bilik tidur 3, 4 dan bilik air 2 dilindungi oleh ruang keluarga.
Tempat letak kereta pula berada di hadapan sekali dengan bumbung sedikit terkeluar yang turut disokong dengan tiang dan boleh memuatkan 2 buah kereta dalam satu masa.
* Rumah kediaman ini direkabentuk oleh ZIZI + EUDA STUDIO (2021). Sila hubungi +601165471377 untuk maklumat lanjut.