Diterjemah dan diolah: Azizi MY

Berikut ialah ukuran laluan kenderaan atau sirkulasi kenderaan seperti kereta, lori, bas, kereta bomba, ambulan dan yang seumpamanya untuk jalanraya dan laluan masuk ke kediaman dan juga garaj.

vehicular circulation - sirkulasi kenderaan, peredaran kenderaan. peredaran kereta
(Rajah 1) Dilukis semula – Sirkulasi Kenderaan

Ukuran Jalan Persendirian

Ukuran jalan satu lorong yang perlu disediakan ialah 13’ iaitu 3960 mm atau minimum 10’ (3050 mm). Ukuran jalan dua lorong ialah 22’ atau 6705 mm atau inimum 18’ atau 5485 mm.

Untuk lorong susur pula, ukuran yang perlu disediakan ialah 15’ (4570 mm) atau sekurang-kurangnya 13’ iaitu 3960 mm. Manakala ukuran lorong bercantum mestilah 11’ atau 3355 mm.

Lengkungan Jalan

Jejari pusingan luar:

• Kereta : 22’ atau 6705 mm
• Ambulan : 30’ atau 9145 mm
• Bas : 54’ atau 16,460 mm
• Bomba : 48’ atau 14,630 mm
• Treler : 50’ atau 15,240 mm

Jejari pusingan dalam

• Kereta : 12’ atau 3660 mm
• Ambulan : 18’ atau 5385 mm
• Bas : 32’ atau 9755 mm
• Bomba : 34’ atau 10,365 mm
• Treler : 28’ atau 8535 mm

Ukuran Jejari lain sila rujuk rajah 1 dan 2

Kecerunan Jalan

Maksimum cerun jalan atau tanjakan jalan (jika ada) ialah 1:6 tetapi 1:10 adalah disyorkan. Ukuran cerun peralihan ialah separuh daripada ukuran cerun utama. (rujuk gambar di atas)

Ruang Muatan

Ukuran untuk ruang muatan atau ruang pemunggahan ialah 10′ ke 12′ (lebar) x 30′ ke 50′ (panjang) atau 3050mm ke 3660mm (lebar) x 10 meter ke 15 meter (panjang).

Ukuran Jalan Masuk dan Garaj untuk Kediaman

vehicular circulation - sirkulasi kenderaan, peredaran kenderaan : garaj dan driveway, laluan masuk kediaman, peredaran kereta
(Rajah 2) Dilukis semula – Sirkulasi laluan masuk dan garaj kediaman

Ukuran kelebaran garaj untuk sebuah kereta mestilah 11’-8” atau 3555 mm. Manakala ukuran panjangnya ialah 22’ atau 6705 mm. Ukuran pintu atau laluan masuk ke garaj mestilah sekurang-kurangnya 8’ atau 2440 mm.

Ukuran kelebaran garaj bagi dua buah kereta ialah 20’-10” atau 6350 mm dan ukuran pintu atau laluan masuk ke garaj ialah minimum 17’-4” atau 5285 mm.

Jarak laluan masuk kereta antara jalan utama ke garaj ialah 24’ atau 7315mm dan jejari lengkungan dari jalan utama ke laluan masuk kereta ialah 10’ atau 3050 mm.

Ukuran Jarak Kereta

Ukuran jarak kereta ke dinding atau ruangan simpanan di depan atau belakang mestilah 3’ atau 915 mm. Manakala jarak sisi kereta ke dinding dan antara kereta ialah sekurang-kurangnya 2’-6” atau 760 mm.

Rujukan: Francis D.K. Ching and Cassandra Adams (Third Edition). Building Construction Illustrated. New York: John Wiley & Sons, Inc.

** Jika anda ada cadangan / tambahan / pembetulan berkenaan dengan tajuk ini, boleh terus maklumkan kepada kami

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
January 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 60