Ricardo Bofill seorang arkitek Sepanyol yang juga pengasas Taller de Arquitectura (RBTA) telah meninggal dunia pada Jumaat 14 Januari 2022, di Barcelona, Sepanyol. Pemergian arkitek kepada bangunan ikonik, Walden 7 dan lebih 1000 projek di empat puluh buah negara itu telah diumumkan melalui kenyataan rasmi firma miliknya sendiri.
Beliau meninggal pada usia 82 tahun.
Dalam pada itu, RBTA telah mengesahkan bahawa dua orang anak lelakinya, Ricardo Emilio dan Pablo, akan terus menerajui firma yang telah diasaskan pada 1963 itu.
Antara projek Ricardo Bofill:
1. The Factory
2. Cultural Center Miguel Delibes
3. Economia Building
4. W Barcelona Hotel
5. Université Mohammed VI Polytechnique
6. La Muralla Roja

7. Walden 7

8. Esplanade de l’Europe, Montpellier

Sumber : Archdaily.com