David Adjaye Dinobatkan sebagai Penerima Pertama Anugerah Charlotte Perriand

Dipuji atas impak sumbangannya kepada senibina, rekabentuk dan komuniti, Sir David Adjaye telah dianugerahkan dengan Charlotte Perriand Award, anegerah yang dicipta oleh The Créateurs Design Awards bagi mengiktiraf kecemerlangan dan integriti dalam industri rekabentuk, inspirasi kepada generasi pelopor wanita pada masa akan datang. Pemenang Pingat Emas The Ghanian-British 2021 RIBA dan pengasas Adjaye Associates itu telah dipilih atas pencapaiannya yang melangkaui mercu tanda bandar dan pendekatannya yang holistik dan berkesan dalam membangunkan kawasan kediaman, komersial dan tipologi budaya.

Imej via Archdaily

2 tahun lalu, Royal Institute of British Architects (RIBA) telah mengumumkan, Sir David Adjaye adalah penerima Pingat Emas diRaja bagi tahun 2021 (2021 Royal Gold Medal). Dia diiktiraf atas kerja-kerjanya selama 25 tahun, yang juga mendapat pengiktirafan antarabangsa dan seluruh dunia. Bermula dengan rumah persendirian, pameran dan rekabentuk perabot kepada bangunan-bangunan dan pelan-pelan induk (masterplan).

Projek terkininya termasuklah 21st Serpentine Pavilion yang akan direalisasikan dengan kerjasama bersama seniman Amerika dan juga profesor di Jabatan Seni Visual di Universiti Chicago, Theaster Gates.

Pada lewat tahun 2021, Sir David Adjaye telah diumumkan sebagai ketua rekabentuk Barbados Heritage District. Sebuah projek yang didedikasikan untuk mendokumentasikan dan menceritakan kesan penghambaan di Barbados serta budaya dan masyarakat di hemisfera Barat.

Dia telah ditugaskan untuk merekabentuk hospital daerah sebahagian daripada Agenda 111 oleh Kerajaan Ghana dan dia juga telah dipilih antara 30 Arkitek Paling Berpengaruh di London.

Imej via Archdaily

Charlotte Perriand

Imej via Archdaily

Charlotte Perriand ialah seorang artis moden Perancis dan juga seorang perekabentuk serta diangap sebagai pelopor wanita yang diabaikan dalam industrinya. Dia yang belajar dalam bidang rekabentuk perabot telah dipecat oleh Le Corbusier dengan mendakwa pejabatnya tidak menyulam kusyen. Bagaimanapun, hasil karyanya telah dipamerkan di Salon d’Automne yang telah membawanya bekerja dengan arkitek sebagai pereka perabot. Perriand telah menghasilkan 3 kerusi Le Corbusier paling ikonik iaitu B301, B306 dan LC2 Grand Confort.

Foto oleh jeanbaptisteparis from Cambridge, MA, USA – Villa Savoye, CC BY-SA 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=49961256

Ketika tahun 1930an, pereka itu telah menunjukkan penglibatannya dalam banyak organisasi haluan kiri dan mengasaskan Union des Artist Modern pada tahun 1937. Dia mula melaksanakan “kemanusiaan” kepada kerja Le Corbusier untuk menjadikan rekabentuknya lebih berpatutan, berfungsi dan menarik. Dia telah dijemput ke Jepun untuk menjadi penasihat kepada Menteri Perdagangan dan insustri. Selepas Perang Dunia Ke-Dua, dia telah ditahan oleh sekatan tentera laut dan diusir ke Vietnam. Di situ, dia belajar rekabentuk gaya timur, menenun dan kerja kayu.

Anugerah Charlotte Perriand telah diasaskan oleh Créateurs Design Awards (CDA) dan penghormatan kepada legasi Charlotte Perriand. Hadiah akan diberikan setiap tahun untuk hasil karya kreatif yang mengikuti langkah Charlotte Perriand dan visi komitmennya tergadap senibina, rekabentuk dan seni.

Créateurs Design Awards (CDA) ialah program anugerah untuk karya yang menonjolkan hasil kerja luar biasa dalam bidang senibina, rekabentuk dalaman dan reka bentuk produk. Ahli-ahli yang mengundi anugerah itu adalah dari ketua kumpulan rekabentuk dan media akhbar antarabangsa yang terkenal, yang kini mempunyai lebih 200 profesional dari 32 negara berbeza.

Diterjemah dan diolah dari : Archdaily.com

** Jika anda ada cadangan / tambahan / pembetulan berkenaan dengan tajuk ini, boleh terus maklumkan kepada kami

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *