Arkitek Foster + Partners merekabentuk “Menara Elektrik Terbesar” Untuk JPMorgan Chase di Manhattan

Firma arkitek, Foster + Partners telah mendedahkan projek rekabentuk ibu pejabat JPMorgan Chase yang baru di Manhattan yang mana arkitek itu mendakwa bangunan itu akan menjadi Menara elektrik terbesar New York.

Bangunan pencakar langit untuk syarikat kewangan itu di 270 Park Avenue itu akan menjadi “menara elektrik terbesar Bandar New York dengan operasi pelepasan bersih sifar”. Menurut Foster + Partners. “Ia akan dikuasakan oleh 100% sumber tenaga boleh diperbaharui daripada loji hidroelektrik Negeri New York”. Sambungnya.

imej via dezeen.com

Bangunan itu akan menggantikan tempat SOM’s Union Carbide Building, yang mana perobohan telah dilakukan antara tahun 2019 dan 2022 menandakannya sebagai bangunan tertinggi yang dirobohkan secara sukarela di dunia.

Dengan 60 tingkat, bangunan pencakar langit tertinggi itu akan mencecah ketinggian 1,388 kaki atau 423 meter dan akan menjadi projek pertama dalam rancangan pengezonan di New York City’s Midtown East.

imej via dezeen.com

Rekabentuk untuk struktur menara itu menunjukkan beberapa siri bentuk rectilinear yang ditekan bersama-sama seperti dek tangga dengan yang paling tinggi berada di puncak. Setiap bahagian puncak bertangga itu divisualkan dengan landskap pokok dan kehijauan.

imej via dezeen.com

Fasad kaca akan diikat dengan perincian logam di setiap hujungnya dan bahagian lebar rectilinear akan disilangkan dengan kekuda berbentuk berlian.

Kekuda ini akan bersambungan di aras tanah, yang meruncing. Kekuda akan menaik dari sisi tapak, menjadikan keseluruhan struktur kelihatan berdiri di atas tiang, di sebelah plaza awam yang besar di Madison Avenue.

imej via dezeen.com

“Dengan mengangkat bangunan kira-kira 80 kaki (24 meter) daripada tanah, ia memanjangkan sudut pandangan daripada pintu masuk Park Avenue hingga ke Madison Avenue”. Kata arkitek tiu lagi. Ruang kerja di dalam menara itu akan menjadi jumlah keseluruhan 2.5 juta kaki persegi atau 232,257 meter persegi.

Ini akan menjadi “ruang fleksibel dan kolaboratif yang boleh menyesuaikan diri dengan kerja masa hadapan” kata studio itu. Mereka juga menyatakan bahawa bangunan itu akan mempunyai 25 peratus lebih banyak ruang bagi setiap orang daripada Union Carbide. Para arkitek dan pemaju meramalkan bahawa bangunan itu akan dapat menampung kira-kira 14,000 pekerja.

Menariknya, arkitek mengatakan bahawa projek itu “menggunakan semula atau mengitar semula 97 peratus bahan binaan daripada sisa perobohan.”

imej via dezeen.com

Studio itu juga turut mengatakan bahawa reka bentuk itu menggabungkan 50 peratus lebih ruang komuniti dengan menggunakan plat lantai bebas tiang yang fleksibel.

Perkembangan teknologi banyak memaparkan butiran yang telah dikeluarkan termasuk yang memenuhi keperluan ruang kerja yang berubah-ubah semasa pandemik.

imej via dezeen.com

Arkitek Foster + Partner turut merancang untuk menyertakan 50,000 peranti yang dihubungkan, menjadikannya “bangunan bertingkat yang paling saling berhubung dan dipacu data di Bandar New York”.

Studio itu juga mengatakan bahawa reka bentuk baru itu akan membawa masuk 30 peratus lebih cahaya siang semula jadi berbanding bangunan pejabat biasa dan akan menggunakan pencahayaan circadian untuk “meminimumkan kesan cahaya elektrik dan menyokong persekitaran dalaman yang lebih sihat”.

Bangunan pencakar langit firma Foster + Partners yang lain di New York City termasuklah menara yang sangat kurus di 10o E 53rd, baru-baru ini yang dinamakan semula sebagai Selene, serta menara di 425 Park Avenue.

Sumber diterjemah dan diolah daripada: dezeen.com

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *