Arkitek Denmark, Schmidt Hammer Lassen mendedahkan projek rekabentuk bangunan kayu yang dimenangi di pertandingan peringkat antarabangsa untuk bangunan kayu tertinggi di dunia. Bangunan yang terletak di Bandar Winterthur, Switzerland itu mempunyai ketinggian 100 meter dibangunkan berhampiran dengan studio senibina Switzerland, Cometti Truffer Hodel menyerupai senibina perindustrian di kawasan sekitarnya melalui fasad batu bata terakota merah dan kuning gelap. Projek ini mencadangkan pelbagai tipologi dan kemudahan untuk mencipta kejiranan yang bertenaga.
Projek itu mempunyai empat blok bangunan berkembar yang membolehkan cahaya semula jadi menembusi masuk ke kawasan pembangunan itu. Projek itu juga mengandungi kawasan kediaman, kediaman pelajar, kawasan runcit, hotel, restoran dan sky-cafe. Gabungan 4 struktur bangunan itu mewujudkan ruang yang pelbagai di dalam dan disekitarnya. Manakala landskap berada di tengah-tengahnya yang direka oleh landskap antarabangsa, Vogt.
Bagi Arkitek Schmidt Hammer Lassen, ia menjadi tradisi untuk merekabentuk daripada kayu. Termasuklah yang ditonjolkan melalui projek yang sedang berjalan di Oslo, Dordrecht, Toronto dan Vancouver. Schmidt Hammer Lassen juga selalu bersikap proaktif dalam menggunakan bahan-bahan itu bukan sahaja disebabkan oleh kualiti estetiknya tetapi juga disebabkan oleh teknik pembinaannya. Menurut Kristian Ahlmark, kaedah yang digunakan dalam projek itu dapat membawa rasa cinta kepada bahan kayu untuk diterapkan ke dalam senibina moden.
Projek itu mencipta rekod ketinggian baru untuk bangunan kediaman dengan pembinaan galas-beban kayu (load-bearing) dan di dalam masa yang sama memperkenalkan inovasi dalam sistem pembinaan dimajukan oleh syarikat Switzerland Implenia dan tETH Zürich, bagi menggantikan teras konkrit dengan kayu yang mengurangkan berat rasuk (beam) dan jumlah karbon tertanam. Projek ini dijangka siap pada tahun 2026.
Sumber diterjemah dan diolah daripada : Archdaily.com