Google Bay View Campus Direka oleh BIG dan Heatherwick Studio Dibuka di Silicon Valley, California

Imej via Archdaily

BIG : Bjarke Ingels Group dan Heaterwick Studios serta pasukan rekabentuk dan kejuruteraan Google telah bekerjasama dalam merekabentuk dan membangunkan kampus asas pertama Google di Silicon Valley yang kini telah dibuka. Misi kampus itu adalah untuk mencipta rekabentuk human-centric untuk masa depan tempat kerja Google dan menetapkan piawai kelestarian global yang baharu untuk rekabentuk binaan dan pejabat. Projek ini bertujuan untuk menjalankan sepenuhnya tenaga bebas karbon menjelang tahun 2030. Ia menyepadukan sistem cerucuk geoterma yang paling luas di Amerika Utara dan positif air bersih. Kampus ini juga merangkumi 17 ekar kawasan semula jadi bernilai tinggi, termasuk padang rumput basah, hutan dan paya.

Imej via Archdaily

Bay View Campus terdiri daripada tiga bangunan di atas tapak seluas 42 ekar berhampiran Pusat Penyelidikan NASA Ames. Struktur yang besar menawarkan 20 ekar ruang terbuka yang direka untuk fleksibiliti dan kolaborasi. Sebagai tambahan kepada dua bangunan ruang kerja, tapak ini dilengkapi dengan pusat acara 1000 orang dan 240 unit penginapan jangka pendek untuk pekerja. Tapak ini mengekalkan imej yang koheren, kerana ketiga-tiga bangunan dibina sebagai struktur kanopi ringan. Geometrinya membolehkan setiap ruang untuk mempunyai akses kepada cahaya semula jadi dan pemandangan luar.

Imej via Archdaily

Projek Google itu menumpukan kepada 3 tema utama iaitu innovasi, alam semula jadi dan komuniti. Ruang dalaman disediakan untuk ruang tumpuan dan kolaborasi yang fleksibel dan mudah digunakan. Arkitek mencipta bangunan dengan hanya 2 tingkat di mana tingkat atas dikhususkan sebagai ruang perbincangan manakala aras bawah pula untuk aktiviti perkumpulan dan ruangan kemudahan. Variasi aras kedua merujuk kepada ruangan “kejiranan” yang disediakan mengikut keperluan mereka.

Satu halaman di ruang dalam menghubungkan 2 tingkat. Selain ia membantu memudahkan akses ke ruang dapur kecil atau ruang persidangan ia juga menonjolkan ruang terbuka yang besar dan mencipta identiti setempat yang mudah untuk dikenali. Halaman itu juga mempunyai 2 kelebihan yang lain untuk penggunanya. Dengan mentakrifkan karekter setiap aras, senibinanya mencipta hubungan antara pergerakan fizikal pekerja dan mengubah psikologi apabila beralih dari satu mod kerja kepada mod kerja yang lain.

Imej via Archdaily

Kanopi “sekala naga” kerana saiznya yang besar itu merupakan bumbung solar yang besar dilengkapi dengan 50,000 panel solar yang menghasilkan tenaga hampir 7 megawatts. Struktur bumbung legap itu menawarkan kawalan akustik, manakala bukaan membenarkan cahaya semula jadi masuk ke ruangan kerja tanpa silau yang berlebihan dan meminimakan peningkatan haba.

Imej via Archdaily

Menurut Bjarke Ingels, senibina Bay View Campus baharu itu adalah hasil daripada proses rekabentuk yang sangat kolaboratif. Bekerjasama dengan klien seperti Google telah membawa kepada rekabentuk senibina di mana setiap keputusan dimaklumkan dengan maklumat dan analisis yang empirikal. Hasilnya ialah sebuah kampus di mana setiap foton kanopi suria yang besar itu dihubungkan kepada bangunan; timbunan tenaga menyimpan dan mengekstrak pemanasan dan penyejukan dari tanah. Malah, bunga-bungaan semulajadi yang indah adalah zon taman yang bekerja keras untuk menapis dan membersihkan air dari bangunan. Secara keseluruhannya, kampus di mana bahagian hadapan dan belakang rumah, teknologi dan seni bina, serta bentuk dan fungsi telah digabungkan menjadi hibrid baharu dan menarik.

Imej via Archdaily

Bay View Campus beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik, dan ia menempatkan sistem cerucuk geoterma yang luas. Projek ini dianggarkan dapat mengurangkan pelepasan karbon hampir 50% dan air pula digunakan untuk penyejukan sebanyak 90%. Selain itu, sistem yang digunakan oleh projek itu juga akan mengumpul, merawat dan menggunakan semula air seperti air hujan, ribut, salji dan air sisa serta menyediakan pemulihan habitat dan perlindungan kenaikan paras laut.

Projek itu dijangka untuk mencapai pensijilan LEED-NC v4 Platinum dan menjadi kemudahan terbesar untuk mencapai International Living Future Institute (ILFI) Living Building Cahllenge (LBC)

Tapak ini dijangka mencapai pensijilan LEED-NC v4 Platinum dan menjadi kemudahan terbesar untuk mencapai Pensijilan Kelopak Air Cabaran Bangunan Hidup (LBC) International Living Future Institute (ILFI).

The site is expected to achieve a LEED-NC v4 Platinum certification and become the largest facility to attain the International Living Future Institute (ILFI), Living Building Challenge (LBC) dan Pensijilan Water Petal.

Imej via Archdaily

Pasukan yang terlibat:

BIG-Bjarke Ingels Group, Heatherwick Studio (Design Architect)
Sares Regis (Development Group)
Adamson (Executive Architect)
STUDIOS (Interior Architect)
Populous (Events Consultant)
Thornton Tomasetti (Structural Engineers)
Integral Group (Mechanical, Plumbing & Fire Protection Engineer)
Olin (Landscape Architect)
ARUP (Acoustic Consultant & Facade Engineers)
BKF (Civil Engineer), Sherwood (Water Engineer)
Holmes (Fire & Life Safety)
Kleinfelder (Geotechnical Engineer)
Loisos + Ubbelohde (Daylighting Consultant)
FMS (Lighting Consultant)
C.S. Caulkins Co (Access & Maintenance)
Teecom (Telecommunications)
Whiting-Turner (General Contractor)
Applied Wayfinding (Signage & Wayfinding)
A10 (Sustainability & LEED Consultant)

Sumber: Archdaily

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *