Royal Institute of British Architects telah mengumumkan 29 nama pemenang anugerah senibina, RIBA National Awards 2022. Bermula dari bangunan pejabat sifar-karbon kepada kediaman, sekolah dan kemudahan pelajaran, pembangunan bandar dan bangunan kebudayaan, projek tahun ini memberikan gambaran tentang trend utama yang membentuk persekitaran senibina dan ekonomi di UK. Kebanyakan projek menumpukan kepada menyatukan komuniti dengan menyediakan ruang kolaborasi antara penduduk tempatan dan arkitek atau dengan menawarkan tempat-tempat unik untuk acara muzikal atau kebudayaan. Perumahan juga ditangani dengan projek yang menggambarkan kehidupan luar bandar yang moden atau mewujudkan pusat komuniti yang baru di sekitar taman-taman komuniti termasuk projek ubahsuai dan pemulihan bangunan sedia ada seperti dewan makan Katedral berusia 900 tahun atau rumah Modernis 1950-an yang ikonik.
Menurut Presiden RIBA, Simon Alfred, koleksi bangunan yang telah ditunjukkan walaupun dalam kegawatan ekonomi, politik dan sosial bebrapa tahun kebelakangan ini. Senibina yang hebat boleh muncul walaupun dalam keadaan yang mencabar.
Pemenang ini akan dipertimbangkan untuk anugerah RIBA Stirling Prize yang senarai pendeknya akan diumumkan pada 21 Julai 2022 dan pemenang bagi anugerah itu akan diumumkanpada 13 Oktober 2022.
Tambahnya lagi, selepas bangkit daripada pandemik, sejumlah bangunan baru berkualiti telah direkabentuk untuk memupuk komuniti. Daripada budaya temoatan hingga kepada tempat-tempat seni, projek ini menunjukkan kuasa senibina untuk menaikkan semangat dan meningkatkan gaya hidup. Dia turut gembira melihat penyelesaian baru dan inovatif untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kediaman berkualiti tinggi dan cekap tenaga. Dia juga berkata mengekalkan dan menggunakan semula bangunan sedia ada adalah sangat penting dan ingin melihat lebih banyak lagi projek-projek seperti itu pada tahun ini.
Berkit adalah pemenang-pemenang anugerah tersebut:
Creek House, by Seth Stein Architects Ltd (South West)
Aisher House, Sevenoaks School by Tim Ronalds Architects (South East)
100 Liverpool Street by Hopkins Architects (London)
BFI Riverfront by Carmody Groarke (London)
Guildford Crematorium by Haverstock (South East)
Forth Valley College – Falkirk Campus by Reiach and Hall Architects (Scotland)
Harris Academy, Sutton by Architype (London)
Hackney New Primary School and 333 Kingsland Road by Henley Halebrown (London)
Hawley Wharf by Allford Hall Monaghan Morris (London)
High Sunderland by Loader Monteith (Scotland)
House at Lough Beg by McGonigle McGrath (Northern Ireland)
Ibstock Place School Refectory by Maccreanor Lavington (London)
Kiln Place by Peter Barber Architects (London)
LB Southwark SILS3 by Tim Ronalds Architects (London)
Lovedon Fields by John Pardey Architects (South)
Masters Field Development by Niall McLaughlin Architects (South)
Magdalene College Library by Niall McLaughlin Architects (East)
Orchard Gardens, Elephant Park by Panter Hudspith Architects (London)
Quarry Studios by Moxon Architects (Scotland)
Sands End Arts and Community Centre by Mæ Architects (London)
St John’s Church, Hackney by Thomas Ford and Partners (London)
Suffolk Cottage by Haysom Ward Miller Architects (East)
Surbiton Springs by Surman Weston (London)
Sutton Hoo by Nissen Richards Studio (East)
The Alice Hawthorn by De Matos Ryan (Yorkshire)
The Fratry by Feilden Fowles (North West)
The Mitchell Building at Skinners’ School by Bell Phillips Architects (South East)
Winsford Cottage Hospital by benjamin+beauchamp architects (South West)
The Parchment Works by Will Gamble Architects (East Midlands)
Source: Archdaily