Stadium Shah Alam By Chongkian – Karya sendiri, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=30274361

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk membangunkan semula Stadium Shah Alam dan telah mengemukakan Surat Niat (LOI) Letter of Intent kepada MRCB sama ada untuk menaik taraf atau membangunkan semula stadium itu.

Menteri Besar Selangor itu juga telah membuat pertimbangan secara menyeluruh dan rancangan itu akan dipaparkan secara terbuka pada bulan September 2022 nanti. Menteri Besar Selangor berkata, Syarikat MRCB yang pernah mengendalikan kerja-kerja baik pulih Stadium Bukit Jalil telah dipilih untuk mengendalikan projek pembangunan semula Stadium Shah Alam itu.

Bagaimanapun, ramai yang menyangkal kos projek pembinaan semula Stadium Shah Alam itu yang dikatakan terlalu tinggi berbanding Stadium Sultan Ibrahim milik JDT (Johor Darul Takzim) yang menelan kos anggaran sebanyak RM200 juta.

Stadium Shah Alam By Ahmad Rithauddin – https://www.flickr.com/photos/extrumedia/17066161812/sizes, CC BY-SA 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=107407071

Menurut Menteri Besar Selangor, pembinaan semula Stadium Shah Alam itu memerlukan kos hampir dua kali ganda daripada kos pembinaan Stadium itu pada tahun 1994 iaitu RM400 juta. Katanya lagi, kos pembinaan semula stadium yang bernilai lebih RM700 juta itu akan melibatkan banyak elemen seperti struktur bangunan, pendawaian, perpaipan dan sebagainya. Termasuk juga kos menaikkan platform untuk mengelakkan banjir seperti yang pernah dialami stadium itu pada tahun 2006, 2015 dan 2021.

Stadium Shah Alam By Meeneunos10 – Own work, CC BY 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=45522783

Stadium Shah Alam merupakan stadium yang terbesar dengan kapisiti lebih 80,000 penonton sehinggalah Stadium Nasional Bukit Jalil dibina, dengan kapisiti lebih 100,000 penonton. Sebelum itu, Stadium Shah Alam mula dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1994.

Baca 10 Stadium Bola Sepak Terbesar Di Dunia

Arkitek yang merekabentuk Stadium Shah Alam itu ialah Hijjaz Kasturi Associates Sdn. Bhd.

Stadium Nasional Bukit Jalil By Edh.442 – Karya sendiri, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=73659320

Sumber: NST

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 59