Stadium ialah gelanggang yang disediakan untuk mengendalikan acara sukan seperti bola sepak, hoki, ragbi, acara olahraga dan sebagainya yang dikelilingi dengan ruangan tempat duduk penonton bertingkat. Ada stadium yang yang dibina berbumbung dan ada juga yang dinina dengan tidak berbumbung di ruangan penontonnya.

Stadium sangat sinonim dengan acara bola sepak, sebuah acara sukan yang menjadi kegemaran ramai dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika kebanyakan stadium dibina dengan saiz yang besar untuk memuatkan jumlah penonton yang besar.

Berikut ialah 10 stadium terbesar di dunia bagi acara sukan bola sepak mengikut kapasiti setakat tahun 2022.

1. Stadium Rungrado May Day, North Korea (Kapasiti: 114,000 ke 150,000)

Imej via KCNA – http://stadiumdb.com/stadiums/pkr/rungrado_may_day_stadium

Stadium yang terbesar di dunia ialah stadium Rungrado May Day yang terletak di Pyongyang, Korea Utara. Seperti yang didakwa oleh Korea Utara, stadium ini mempunyai kapasiti sebanyak 150,000 orang. Jumlah kapasiti sebenar stadium ini ialah 114,000 orang, namun, jumlah itu masih menjadikannya sebuah stadium yang terbesar. Stadium ini dirasmikan pada tahun 1989 dan masih digunakan untuk acara sukan Arirang tahunan iaitu sebuah acara gimnastik tahunan terbesar di dunia. Pada tahun 2014, stadium ini telah diubah suai dan dibuka semula pada tahun 2015.

2. AT&T Stadium, Amerika Syarikat (Kapasiti 105,000)

Imej oleh Mahanga – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=8739625
Imej oleh Michael Barera, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=92611902

Stadium AT&T ini terkenal sebagai tempat tuan rumah kepada Pasukan Bola Sepak Amerika (America Football), Dallas Cowboy. Namun begitu, stadium itu juga dijadikan sebagai tempat acara sukan bola sepak. Ia terletak di Arlington, Texas merupakan sebuah stadium kubah yang terbesar di dunia. Bumbungnya boleh ditarik atau ditolak semula dan di tengahnya terdapat skrin televisyen tergantung berdefinisi tinggi. Stadium bola sepak ini dapat memuatkan kapasiti penonton sebanyak 105,000 orang dan merupakan yang kedua terbesar di dunia.

Arkitek: Bryan Trubey, HKS, Inc

3. Stadium Melbourne Cricket Ground “The G”, Australia (Kapasiti: 100,024)

Imej oleh Flickerd – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=63288605

Stadium ini terletak di Melbourne, Australia. Pada asalnya, ia dibina untuk mengendalikan perlawanan kriket pada tahun 1853. Bagaimana pun, stadium ini juga telah digunakan untuk menganjurkan acara sukan lain termasuklah acara sukan bola sepak. Pada tahun 1997, stadium ini telah menganjurkan acara bola sepak antarabangsa pertama yang diiktiraf oleh FIFA, iaitu perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Australia dan Iran. (FIFA ialah sebuah badan organisasi bola sepak dunia). Selain itu, stadium ini juga pernah menganjurkan perlawanan bola sepak melibatkan beberapa kelab terkenal seperti Manchester United dan Juventus.

Arkitek: Populous

4. Stadium Camp Nou, Spanyol (Kapasiti: 99,354)

Imej oleh Johannes Falke – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=21538527

Stadium Camp Nou ialah stadium bagi kelab bola sepak yang terkenal di dunia iaitu FC Barcelona. Lokasinya terletak di Barcelona, Spanyol. Ia merupakan stadium terbesar di eropah dengan kapasiti 99,354 orang penonton. Stadium ini juga sangat terkenal sama seperti kelab bola sepaknya. Ia mula dibina pada tahun 1957 dan kerja-kerja renovasi (ubahsuai) dijalankan bagi persediaan musim 2022/2023. Ubahsuai itu dijalankan bagi meningkatkan kapasiti kepada 105,000 penonton. Stadium ini sangat dihormati oleh para peminat sehinggakan jika kerja-kerja ubahsuai ingin dijalankan perlu dapatkan referendum daripada para peminat untuk meluluskan pelan pembinaan semula stadium itu. Kerja-kerja renovation dijangka siap pada tahun 2022 untuk perlawanan musim 2022/2023.

Arkitek: Norman Foster, Josep Soteras Mauri, Francesc Mitjans i Miró, Lorenzo García Barbón dan Giulio.

5. Stadium FNB, Afrika Selatan (Kapasiti: 94,736)

Imej oleh Prosthetic Head – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=38468050
Imej oleh By Celso FLORES – https://www.flickr.com/photos/celso/4719161222/in/photostream/, CC BY 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=71373049

Stadium FNB merupakan stadium terbesar di benua Afrika. Ia terletak di Johannesburg, Afrika Selatan. Ia juga dikenali sebagai Soccer City. Stadium ini telah siap dibina pada tahun 2009 dan dapat menganjurkan acara bola sepak FIFA Piala Dunia. Stadium ini bukanlah stadium baru yang dibina dari awal. Ia merupakan projek stadium pembinaan semula daripada stadium asal yang dibina pada tahun 1989. Kapasitinya ialah 94,736 orang penonton.

Arkitek: Boogertman Urban Edge & Partners, HOK Sport (Populous)

6. Stadium Rose Bowl, Amerika Syarikat

Imej oleh Ted Eytan from Washington, DC, USA – 2018.06.17 Over the Rose Bowl, Pasadena, CA USA 0039, CC BY-SA 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=70083195

Stadium Rose Bowl terletak di Pasadena, California, Amerik Syarikat. Ia lebih dikenali sebagai tempat bagi acara suka American Football. Bagaimana pun, stadium ini juga pernah menganjurkan acara perlawanan akhir bola sepak FIFA Piala Dunia. Ia mula dibina pada tahun 1922 dan dibesarkan dari semasa ke semasa. Kapasitinya pada hari ini ialah 92,542 orang.

Arkitek: Myron Hunt.

7. Stadium Wembley, United Kingdom (Kapasiti: 90,000)

Imej oleh Jbmg40 – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=4268970

Siapa yang tidak kenal dengan stadium Wembley ini. Stadium ini terletak di London dan merupakan stadium bagi pasukan bola sepak England. Stadium ini merupakan versi baru Stadium Wembley tetapi masih di dibina tapak yang sama. Pada asalnya, stadium ini siap pada tahun 1923. Struktur semasa stadium ini telah dibina dari tahun 2002 hingga tahun 2007. Ciri menarik bagi stadium ini ialah, gerbang gergasinya itu berfungsi sebagai struktur sokongan utama untuk bumbung. Setiap tahun, stadium ini akan menganjurkan acara perlawanan akhir Piala FA.

Imej oleh Wikiolo – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=27843902

Stadium ini mempunyai kapasiti 90,000 orang penonton.

Arkitek: Norman Foster, Ken Shuttleworth dan Rod Sheard.

8. Stadium Azteca / Estadio Azteca, Mexico (Kapasiti: 87,523)

Imej oleh Carlos Valenzuela – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=60064548
Imej oleh Pinjm2000 – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=17568175

Stadium ini terletak di Mexico City, Mexico. Ia siap dibina pada tahun 1966 dengan kapasiti 87,523 orang penonton. Stadium ini pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1970 dan 1986 dan perlawanan bola sepak antarabangsa yang lain seperti Piala Konfederasi FIFA dan Piala Emas.

Arkitek: Pedro Ramírez Vázquez, Rafael Mijares Alcérreca

9. Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia (Kapasiti: 87,411)

Imej oleh Edh.442 – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=73659320

Siapa dari kalangan warga Malaysia yang tidak tahu tentang Stadium Nasional Bukit Jalil ini? Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Bukit Jalil terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Ia siap dibina pada tahun 1998 untuk menganjurkan acara Sukan Komanwel pada tahun itu. Stadium ini merupakan stadium terbesar di Malaysia dan terbesar di Asia tenggara. Stadium ini sering dijadikan sebagai tempat perlawanan bola sepak antarabangsa dan beberapa perlawanan besar liga bola sepak Malaysia.

Namun, masalah padang sering menjadi perbualan di kalangan peminat bola sepak Malaysia dan keadaan itu telah menyebabkan beberapa perlawanan bola sepak tidak berjalan dengan lancar. Terbaru, masalah air bertakung di padang Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan kelayakan Piala Asia, Malaysia menentang Bahrain pada bulan Jun yang lalu sekali lagi menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia dengan mempersoalkan tahap fasilitinya.

Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai kapasiti 87,411 penonton.

Arkitek: Arkitek FAA, Weidleplan Consulting Gmbh, Schlaich Bergermann Partner, Populous in association with RSP KL (2017 renovation)

10. Stadium Borg El Arab, Mesir (Kapasiti: 86,000)

Imej oleh Ben5218 – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=74307471
Imej oleh Ben5218 – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=74307517

Terletak di Egypt, Stadium dengan nama Borg El Arab ini siap dibina pada tahun 2007 yang mampu menampung sehingga 86,000 penonton. Stadium ini merupakan stadium kedua terbesar di benua Afrika. Stadium ini dibina sebagai sebahagian daripada usaha Mesir untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2010. Pada tahun 2017, stadium ini menjadi terlalu sesak ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018, antara Mesir dan Congo.

Arkitek: Egyptian Armed Forces

Sumber/Diolah daripada: WorldAtlas

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 32
  • 541,493