Menteri Besar Kelantan, Dato Ahmad Yakob mengumumkan negeri Kelantan bakal menerima lonjakan besar beberapa projek infrastruktur asas antaranya melalui Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040.

Beliau berkata peruntukan tinggi ini berikutan momentum projek baharu di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke-12 dan projek lanjutan daripada RMK ke-11 yang sudah tentu menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri ini.

Foto Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) via Berita Harian https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/02/790853/kerajaan-lantik-wcr-bhd-untuk-pembesaran-lapangan-terbang

Antaranya projek naik taraf yang terlibat ialah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pembangunan Terminal Laut Bersepadu di Bandar Maritim Tok Bali, Lebuhraya Pantai Timur 3, Lebuhraya Utama Tengah dan Projek Laluan Rel Pantai Timur.

Projek naik taraf Lapangan Tebang Sultan Ismail Petra dijangka siap pada tahun 2025 yang akan menampung penumpang daripada 1.5 juta setahun kepada 4 juta setahun.

Menurut Menteri Besar, Kelantan sebagai sebuah negeri yang mempunyai daya saing tinggi dari aspek ekonomi, mengimbangi pembangunan fizikal dan pembangunan insan.

Kerajaan Negeri juga mekanisme siasah syariyyah dalam menjalankan pentadbiran negeri bagi memelihara dan mengangkat maqasid shariyyah demi meraih sebuah negeri yang berkat, makmur dan berkebajikan. Kenyataan iti diucapkan beliau ketika berucap pada Malam Apresiasi Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan & Pidato Ekonomi Sunnah ‘Penggerak Pembangunan Ummah’ di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: MalaysiaKini, Berita Harian, Sinar Harian

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 59