Imej via StreetView

Pada 24 Julai 2019, Jakarta International Stadium (JIS) akhirnya telah dirasmikan dengan acara pembukaan yang penuh gemilang. Stadium ini terletak di Papanggo, Tanjung Priok, Bandar Jakarta Utara, Jakarta, Indonesia. Acara perasmian stadium itu turut dimulakan dengan perlawanan persahabatan antara kelab Persija dan kelab Chonburi dari Thailand.

Imej via Google Maps

Stadium Antarabangsa Jakarta atau (JIS) yang menelan belanja sekitar USD 340 juta itu dilengkapi dengan beberapa kelebihan dan fasiliti bertaraf dunia untuk kemudahan serta keselesaan kepada para penonton, pemain dan pengurusan pasukan bola sepak.

Imej via StreetView

Projek stadium ini dikendalikan oleh Arkitek, Prasetyoadi PDW Architect dari Jakarta, Indonesia. Stadium ini mempunyai keluasan 375,679 meter persegi atau 4,043,775 kaki persegi dengan ketinggian 73 meter. Stadium ini juga mempunyai 9 tingkat dan dibangunkan di atas tanah seluas 22 hektar.

Berikut Fakta-Fakta Menarik Tentang Jakarta International Stadium (JIS)

1. Bumbung Stadium Boleh Dibuka Ditutup

Bumbung stadium ini telah direka boleh dibuka dan ditutup. Di seluruh dunia ini hanya beberapa stadium sahaja mempunyai kemudahan seperti ini. Contohnya, Stadium Mercedes-Benz di Altlanta, Amerika Syarikat.

2. Padang Rumput Hybrid (Hybrid Turf)

Padang rumput di stadium ini menggunakan rumput hybrid (hybrid turf) iaitu campuran rumput semulajadi dan rumput sintetik.

Imej via StadiumDB

3. Kapasiti Besar

Stadium ini mempunyai kapasiti 82,000 penonton dan berkategori stadium bola sepak modern. Stadium ini juga tidak mempunyai trek larian seperti kebanyakan stadium lain. Grandstandnya pula mempunyai 3 tingkat iaitu bahagian bawah, tengah dan atas.

4. Kos Pembinaan

Kos pembinaan stadium ini dianggarkan sekitar Rp 5 Triliun atau RM 1.4 Bilion (USD 333 Juta). Dengan kos sebesar itu, maka, tidak hairanlah jika stadium ini dapat dibina dengan sangat megah dan berkelas dunia. Stadium ini menggantikan Stadium Lebak Bulus.

5. Padang Latihan Taraf Dunia

Stadium ini sebenarnya mempunyai 2 padang yang bertaraf dunia. Padang itu bukan sekadar untuk kegunaan acara perlawanan bola sepak atau acara rasmi sahaja, bahkan dibuka kepada kepada orang awam dengan bayaran sewa bermula dari Rp 2 Juta atau RM 595 (USD 133).

Sumber: Detik.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 50