Imej via Archdaily

Firma Arkitek Belanda, Mecanoo telah mendedahkan projek rekabentuk banguan yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Bandar The Hague, Belanda. Dengan nama “The Grace”, projek itu mengandungi 2 buah menara, satu menara dengan ketinggian 150 meter dan satu lagi 180 meter. Projek kediaman itu adalah tindak balas kepada permintaan yang semakin tinggi untuk kediaman mampu milik serta memupuk semangat kemasyarakatan.

Imej via Archdaily

Dengan lebih 1400 hartanah sewaan sosial, sederhana dan sektor bebas serta kamudahan awam yang banyak, The Grace menumpukan kepada perumahan mampu milik dan bersekala. Memandangkan populasi The Hague dijangka akan meningkat dalam tempoh 20 tahun daripada 525,000 orang kepada lebih 625,000 orang, Pihak Berkuasa Tempatan menggalakkan kepadatan dalaman bandar di dalam Central Innovation District (CID), sebuah kawasan segitiga yang terikat dengan 3 stesen kereta api bandar.

Dua menara itu akan berdiri di atas struktur bangunan 7 tingkat, membentuk komposisi yang harmoni dengan variasi halus dalam elemen fasad terbuka dan tertutup, lut cahaya dan bersudut bulat dan sebagainya. Struktur bawah menara itu, iaitu bangunan 7 tingkat itu mengandungi ruang komersil seperti restoran dan ruang kerja di tingkat bawah. Manakala, di bahagian atas, mengandungi kawasan perumahan, pejabat dan kemudahan-kemudahan awam. Arked ditambah di seluruh bahagian kompleks untuk memberikan perlindungan terhadap angin dan hujan serta mencipta ruang teduh untuk pejalan kaki dan pengunjung.

Imej via Archdaily

Bangunan itu terbuka kepada kawasan kejiranan Schipperskwartier dan taman waterfront baru sepanjang terusan Trekvliet dalam bentuk taman hijau berbumbung dengan ruang awam yang dinamik.

Lobi berfungsi sebagai pusat kompleks, menyediakan ruangan kerja dan kawasan untuk berkumpul. Ada kaunter menyambut tetamu dan permandangan aktiviti kerja di sekelilingnya. Ruang-ruang yang dicipta untuk dikongsi bersama itu membolehkan masyarakat atau penduduk mempunyai rasa kebersamaan dan kemasyarakatan yang tinggi.

Imej via Archdaily
Imej via Archdaily
Imej via Archdaily

The Grace akan dibina di Rijswijkseweg dan menghadap terusan Trekvliet yang akan menjadi taman waterpark yang baru untuk pejalan kaki dan penunggang basikal dalam beberapa tahun mendatang. Selain The Grace, laluan berbasikal sedang dibina dan akan menghubungkan The Hague dengan bandar-bandar sekitarynya.

Sumber: Archdaily

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 55